ANTIQUE ROSES <body>
Sunday, October 4, 2009

Assalamualaikum.

Baru sebentar tadi aku mendengar hujah seorang Ustaz dari negara Malaysia yang di udarakan radio warna dalam rancangan Santapan Rohani. Menurut beliau kadar perceraian suami isteri sekarang ini semakin meningkat, sehingga menjadi perhatian yang serius pihak kerajaan. Dan salah satu yang menjadi menyebab utama ada lah ada nya sikap keEGOan di antara pasangan masing-masing. Menurut beliau lagi, perkataan EGO itu kalau nak di terjemahkan dalam bahasa melayu kuno (menurut persepsi beliau sendiri) ialah CERDIK TAK BOLIH DI IKUT, BODOH TAK BOLIH DI AJAR. Mereka-mereka ini bersikap tak pernah mengaku kesalahan nya dan susah untuk mnegucapkan perkataan maaf. Seperti DIA lah manusia yang betul, dan tak pernah melakukan kesalahan. Menurut kajian, sebahagian besarnya terdiri dari kaum lelaki yaitu siapa lagi kalau tak sang suami. Tak perlu nak kita pertikaikan secara terperinci, siapa-siapa yang mengalami nya lebih fahamlah lah ye!!

Olih yang demikian, apa kah kita bersetuju dengan hujah-hujah tersebut. Dari sudut pandangan sang Isteri bagaimana? Kalau aku... memang aku setuju sangat (seratus peratus). Sebab nya....... Isteri-isteri yang di sana tu... TEPOK DADA, TANYA SELERA lah ye... Kita tak bolih nak menipu diri sendiri. Semua ini bengantung kepada daya kekuatan kita sendiri sejauh mana atau sekukuh mana kesabaran dan ketahanan diri yang membuat kita dapat bertahan lama. soalannya...SEJAUH MANA????

Namun begitu, tak semua suami yang sedemikian. Ada juga yang mempunyai sikap seorang suami yang bersandarkan ajaran Islam. Bertanggung jawab, penyayang, perihatin akan kesihatan anak isteri, makan pakai isteri dan anak-anak, menjaga hati dan perasaan isteri serta membimbing Isteri dan anak-anak jalan ke Syurga.

Dalam hidup berumah tangga , mustahil kalau kita tak berjumpa dengan masaalah. Tapi di dalam mencari menyelesaian, memerlukan perbincangan secara damai di antara kedua-dua pihak dan kemudian berusaha akan apa yang patut di buat bukan "BUAT BODOH" saja... dan meletakkan bebanan tu hanya pada satu pehak!! Seolah-olah dengan buat bodoh tu mereka akan terlepas dari tanggung jawab. Mungkin "ya" di dunia, tapi di akhirat? Pandai-pandai lah jawab........
Seandai nya kita berada di pehak yang tidak bernasib baik , berdoalah semoga Tuhan memberikan petunjuk dan hidayah nya serta memberikan kekuatan untuk mengharungi nya. Selalu ingat bahawa segala yang terjadi adalah ujian dari NYA dan ada HIKMAH di sebalik nya. Barulah kita akan dapat mengukir seribu senyuman walaupon berada di dalam tangisan. Yang pasti TUHAN TIDAK BUTA. Wahai yang disana......... teruskan kehidupan walau apa pon yang terjadi.........


Wallahualam.




Profile
AMNAH AHMAD

-Mother of 3 with full of sensitivity,
tapi masih cun
-28 August
-Love nature

Tagboard

Links
Asni.

Archives
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
February 2009
September 2009
October 2009
November 2010

Credits
Designer
Inspiration