Sekali air bah sekali pantai barubah. Begitulah yang berlaku di sepanjang kehidupan kita. Sama ada kita sedari atau pun tidak, ia nya tetap berlaku. Tak kira lah dari segi umur, penerampilan, kefahaman, pemikiran dan apa juga yang berkaitan dengannya. Namun , apa yang sepatut nya berlaku adalah sesuatu yang lebih membawa kepada kebaikan pada diri dan sesuatu yang bersangkut paut dengan kehidupan sekeliling. Walau pon begitu, tidak dinafikan bahawa mahkluk Allah ini ada lah mahkluk yang lemah yang kadang kala terlupa dan sering terkeluar dari garis-garis kesusilaan kemanusian itu sendiri. Kita sering terbuai dengan sesuatu yang kita rasakan amat menyeronokkan sehingga tidak terfikir untuk menolih kebelakang mengintai sejarah lampau yang kita tinggaklan jauh kebelakang. Dan kita pon tak lagi merasakan bahawa didalam keseronokan itu telah tercipta suatu kedukaan dari secebis hati yang terluka.
Sesungguh nya, aku juga tidak terkecuali dan mengharapkan semoga aku tidak akan tertawa tanpa mengingati tangisan masa lalu. Seandai nya itu berlaku, adalah hendak nya makhluk yang sudi untuk mengejutkan daripada aku terus lena terbuai mimpi ngeri apa tah lagi jika ia nya melibatkan hati nurani insan-insan yang amat aku kasihi. Wallahualam.