Masa yang terlalu pantas berlari, kini bertemu lagi di Ramadhan 2009. Terasa seperti Ramadan 2008 baru sahaja berlalu. Dan hari ini, sudah hari yang ke enambelas kita berpuasa. Yang telah kita tinggalkan setahun lalu kini berulang lagi. kesibukan tugas-tugas harian yang terlalu rutin yang tak dapat nak kita elakan namun tak terasa penat seandai nya itu memberikan kita kepuasan dan ikhlas kita lakukan demi mereka yang kita kasihi. Namun, bukan balasan yang kita harapkan tapi hanyalah sekedar penghargaan. Yang penting hati tidak di sakiti. Setuju tak!!!
Walaupon usia yang kian meningkat tahun demi tahun, masih lagi aku diberikan kekuatan untuk mengurusi tuntutan kehidupan. Batapa aku bersyukur ya Allah di atas kurniaan mu yang sehingga kini tak pasti apakah aku mampu membalas nya. Dan yang pasti.... aku tetap memerlukan taufik dan hidayah mu serta petunjuk mu di dalam meneruskan perjalan yang semakin berliku. Biar pon teramat besar cabaran nya, namun aku pasrah. Rahmatilah dan berkatilah hidup ini. Sering aku mengingatkan diri ini dan ingin juga aku mengingatkan adik-adik ku sekelian bahawa segala yang terjadi, biarpon keciwa, hampa dan sedih janganlah di kesalkan kerana akan ada hikmah di sebalik nya.
Persiapan Hari Raya tahun ini seperti biasa saja. Tak ada yang lebih istimewa. Semua nya mengikut kemampuan. Asal anak-anak gembira, aku malah lebih gembira. Segala pahit getir, biarlah menjadi rahasia kerana senyuman dan kegembiraan anak-anak adalah kebahagiaan semua ibu-ibu. Tak ada yang lebih penting dari itu...
Untuk anak-anak di sana tu besyukurlah dengan apa yang ada, kerana masih ramai yang di luar sana tu tidak bernasib baik seperti kamu. Tak usah nak merasakan pakaian baru, makan pon tidak semewah yang kamu perolihi. Fikirkan pula mereka yang mengalami bencana alam dan megalami kesan-kesan peperangan, kehilangan tempat tinggal, kehilangan ibu, ayah dan orang yang di sayangi. Fikirkan sejenak.. bagaimanakah perasaan kamu senandai kamu yang berada di tempat mereka?? Masihkah kamu tidak bersyukur?