Insyaalah, genaplah 22 hari kita berpuasa hari ini. Ramadhan tahun ini akan berakhir lagi. Kalau nak di fikir-fikir, apa kah agak nya amalan kita tahun ini semakin bertambah atau semakin menurun? Sedikit atau banyak , pasti kita dapat merasakan nya. Masih belum telarat nampak nya nak menyampaikan ketahap yang sepatutnya. Tak tahu sampai bila lagi lah nampak nya. Kalau makin muda tak apa lah!! Malahan semakin Ramadhan nak berakhir, kita semakin sibuk tak kehabisan nya. Haiiiiiii bila nak relax beb! Bila nak dapat Lailatulkadar!!!!! nasiiib badann....
Ni hari konon nya nak ton kat bazar Geylang Serai. Telarat ke!! Apa pon.. tak nak ketinggalan bersibuk-sibuk di bazar walau pon hanya sekali. Takut kempunan lah ehhh Sambil-sambil cari baju dan apa-apa yang kurang dan patut di beli. Maalum, tahun ini ada malap sikit lah . Faham-faham ajelah. Bil-bil tu terpaksalah KIV dulu. Apa pon, Syukur Alhamdulillah. Mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana alam baru-baru ini, bagaimanalah mereka berHari Raya! Kita disini walaupon masih merasa kekurangan tetap mampu tersenyum, sedangkan saudara kita disana nak manangis pon seakan tak ada lagi air mata. Apa kah peranan kita???
Fikirkan lah... dan sedarlah bahawa hidup ini seperti air lautan yang tak selalu nya tenang. Ada masa nya dia akan begelora. Justru... buatlah persiapan. Seandai nya hari ini kita berada di atas jangan kita lupa untuk mengintai yang berada di bawah. Kalau kita tak mampu untuk untuk menghulurkan tangan, sekurang-kurang panjatkan lah doa buat mereka-mereka yang malang tu ya...
Khusus untuk anak-anak ku dan anak-anak saudara ku yang amat aku kasihi, tak jemu aku berpesan,olih kerana hidup ini TAK ADA YANG PASTI, sesuai dengan ajaran Islam, jadilah kamu manusia yang senantiasa bersyukur, merendah diri (JANGAN SOMBONG DAN ANGKUH) , sopan, berbudi bahasa, menghurmati dan mengasihi antara satu dengan yang lain. Hargailah kasih sejati Ayah dan Ibu kamu, kerana kasih mereka lah yang paling suci dan tulin. Jangan di sakiti hati mereka selagi ada hayat mereka masih ada sebelum sampai kamu kehilangan mereka kerana sesal kemudian dah tak berguna lagi Kecantikan yang hakiki bukan pada paras rupa , tapi pada akhlak yang mulia. Berbaktilah untuk keluarga dan masyarakat sekeliling agar segala nya menjadi saham ke akhirat. Dunia ini terlalu singkat,yang wajib tu jangan di jadikan perkara yang tak penting!!!!
Di dalam keadaan sekarang, masyarakat Islam di Singapura ini memerlukan banyak tenaga belia-belia untuk kerja-kerja amal (charity work). Bukan sahaja di Masjid-masjid, malahan banyak badan-badan Islam yang lain. Aktiviti-aktiviti nya pon banyak yang menarik. (they need your skill so why not come forward ) Cara yang begitu malah lebih membuat kita berpengalaman, ramai teman dan tak secara langsung kita akan menjadi insan yang lebih mengenali dunia. Fikirkanlah........
Wassalam.