ANTIQUE ROSES
Berlalu sudah Ramadhan, dan hari ini sudah pon seminggu kita menyambut Syawal. Setelah selesai aku di dapur tu.. kini aku di sini mengukir secebis bingkisan hati hanya untuk mengisi sedikit waktu yang terluang.
Hanya sekali dalam setahun kita semua dapat berkumpul bersama "semua" adik beradik juga suami-suami dan anak-anak. Gembira sekali melihat anak-anak yang semakin dewasa, berpakaian cantik dan manis-manis semua nya. (hemm... dah pandai melaram ya! cantik rupa , semoga cantik pula akhlak dan budi bahasa ya!) Pagi Raya yang syahdu, bersama kita bermaaf-maafan dan meluahkan rasa hati yang terpendam, menyucikan segala kotoran yang tercalit, sama ada yang di sengajakan atau pon yang tidak di sengajakan. Masing-masing kita telah di dewasakan bersama pengalaman hidup yang berbagai-bagai yang semua itu membuat kita malah semakin kuat untuk mengharungi nye tanpa mengaku kalah. Alhamdulillah.
Namun begitu, di sebalik keriuhan itu, masih juga ada yang ketinggalan yang membuat aku merasa sesal, sesal kerana diantara enam rangkaian hasil dari satu rahim seorang ibu kini memilih untuk mengasingkan diri menurut naluri ke egoan yang tak sepatut nye berlarutan. Kerana hidup ini terlalu singkat, tak rugi dan tak menjadi hina kalau kita meletakkan diri biar di tempat yang paling rendah untuk sekedar menjernihkan yang keruh. Darah yang mengalir di tubuh masing-masing bukah kah perkongsian kita enam beradik yang membawa hingga ke akhirat. Walau apa pon yang menjadi penyebab nya, imbaslah kenangan masa lampau bersama insan-insan yang membelai, memberikan ciuman kasih dan dakapan sayang, yang berkongsi tawa dan tangis. Lemparkan jauh-jauh dan jangan di biarkan terus perasaan benci yang tercalit sehingga nanti sampai bertemu dengan seribu penyesalan. Namun begitu, aku mohon ampun dan maaf sekira nya luahan hati ini tidak menyenangkan mana-mana pihak. Yang pasti, doa ini tak akan kering agar sehingga keakhir hayat nanti kita bersama bertemu di penghujung jalan yang satu dan Tuhan akan hindarkan segala kesesatan di antara kita.
Insyaalah, genaplah 22 hari kita berpuasa hari ini. Ramadhan tahun ini akan berakhir lagi. Kalau nak di fikir-fikir, apa kah agak nya amalan kita tahun ini semakin bertambah atau semakin menurun? Sedikit atau banyak , pasti kita dapat merasakan nya. Masih belum telarat nampak nya nak menyampaikan ketahap yang sepatutnya. Tak tahu sampai bila lagi lah nampak nya. Kalau makin muda tak apa lah!! Malahan semakin Ramadhan nak berakhir, kita semakin sibuk tak kehabisan nya. Haiiiiiii bila nak relax beb! Bila nak dapat Lailatulkadar!!!!! nasiiib badann....Ni hari konon nya nak ton kat bazar Geylang Serai. Telarat ke!! Apa pon.. tak nak ketinggalan bersibuk-sibuk di bazar walau pon hanya sekali. Takut kempunan lah ehhh Sambil-sambil cari baju dan apa-apa yang kurang dan patut di beli. Maalum, tahun ini ada malap sikit lah . Faham-faham ajelah. Bil-bil tu terpaksalah KIV dulu. Apa pon, Syukur Alhamdulillah. Mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana alam baru-baru ini, bagaimanalah mereka berHari Raya! Kita disini walaupon masih merasa kekurangan tetap mampu tersenyum, sedangkan saudara kita disana nak manangis pon seakan tak ada lagi air mata. Apa kah peranan kita???Fikirkan lah... dan sedarlah bahawa hidup ini seperti air lautan yang tak selalu nya tenang. Ada masa nya dia akan begelora. Justru... buatlah persiapan. Seandai nya hari ini kita berada di atas jangan kita lupa untuk mengintai yang berada di bawah. Kalau kita tak mampu untuk untuk menghulurkan tangan, sekurang-kurang panjatkan lah doa buat mereka-mereka yang malang tu ya... Khusus untuk anak-anak ku dan anak-anak saudara ku yang amat aku kasihi, tak jemu aku berpesan,olih kerana hidup ini TAK ADA YANG PASTI, sesuai dengan ajaran Islam, jadilah kamu manusia yang senantiasa bersyukur, merendah diri (JANGAN SOMBONG DAN ANGKUH) , sopan, berbudi bahasa, menghurmati dan mengasihi antara satu dengan yang lain. Hargailah kasih sejati Ayah dan Ibu kamu, kerana kasih mereka lah yang paling suci dan tulin. Jangan di sakiti hati mereka selagi ada hayat mereka masih ada sebelum sampai kamu kehilangan mereka kerana sesal kemudian dah tak berguna lagi Kecantikan yang hakiki bukan pada paras rupa , tapi pada akhlak yang mulia. Berbaktilah untuk keluarga dan masyarakat sekeliling agar segala nya menjadi saham ke akhirat. Dunia ini terlalu singkat,yang wajib tu jangan di jadikan perkara yang tak penting!!!!Di dalam keadaan sekarang, masyarakat Islam di Singapura ini memerlukan banyak tenaga belia-belia untuk kerja-kerja amal (charity work). Bukan sahaja di Masjid-masjid, malahan banyak badan-badan Islam yang lain. Aktiviti-aktiviti nya pon banyak yang menarik. (they need your skill so why not come forward ) Cara yang begitu malah lebih membuat kita berpengalaman, ramai teman dan tak secara langsung kita akan menjadi insan yang lebih mengenali dunia. Fikirkanlah........Wassalam.
Masa yang terlalu pantas berlari, kini bertemu lagi di Ramadhan 2009. Terasa seperti Ramadan 2008 baru sahaja berlalu. Dan hari ini, sudah hari yang ke enambelas kita berpuasa. Yang telah kita tinggalkan setahun lalu kini berulang lagi. kesibukan tugas-tugas harian yang terlalu rutin yang tak dapat nak kita elakan namun tak terasa penat seandai nya itu memberikan kita kepuasan dan ikhlas kita lakukan demi mereka yang kita kasihi. Namun, bukan balasan yang kita harapkan tapi hanyalah sekedar penghargaan. Yang penting hati tidak di sakiti. Setuju tak!!!Walaupon usia yang kian meningkat tahun demi tahun, masih lagi aku diberikan kekuatan untuk mengurusi tuntutan kehidupan. Batapa aku bersyukur ya Allah di atas kurniaan mu yang sehingga kini tak pasti apakah aku mampu membalas nya. Dan yang pasti.... aku tetap memerlukan taufik dan hidayah mu serta petunjuk mu di dalam meneruskan perjalan yang semakin berliku. Biar pon teramat besar cabaran nya, namun aku pasrah. Rahmatilah dan berkatilah hidup ini. Sering aku mengingatkan diri ini dan ingin juga aku mengingatkan adik-adik ku sekelian bahawa segala yang terjadi, biarpon keciwa, hampa dan sedih janganlah di kesalkan kerana akan ada hikmah di sebalik nya. Persiapan Hari Raya tahun ini seperti biasa saja. Tak ada yang lebih istimewa. Semua nya mengikut kemampuan. Asal anak-anak gembira, aku malah lebih gembira. Segala pahit getir, biarlah menjadi rahasia kerana senyuman dan kegembiraan anak-anak adalah kebahagiaan semua ibu-ibu. Tak ada yang lebih penting dari itu...Untuk anak-anak di sana tu besyukurlah dengan apa yang ada, kerana masih ramai yang di luar sana tu tidak bernasib baik seperti kamu. Tak usah nak merasakan pakaian baru, makan pon tidak semewah yang kamu perolihi. Fikirkan pula mereka yang mengalami bencana alam dan megalami kesan-kesan peperangan, kehilangan tempat tinggal, kehilangan ibu, ayah dan orang yang di sayangi. Fikirkan sejenak.. bagaimanakah perasaan kamu senandai kamu yang berada di tempat mereka?? Masihkah kamu tidak bersyukur?
Sekali air bah sekali pantai barubah. Begitulah yang berlaku di sepanjang kehidupan kita. Sama ada kita sedari atau pun tidak, ia nya tetap berlaku. Tak kira lah dari segi umur, penerampilan, kefahaman, pemikiran dan apa juga yang berkaitan dengannya. Namun , apa yang sepatut nya berlaku adalah sesuatu yang lebih membawa kepada kebaikan pada diri dan sesuatu yang bersangkut paut dengan kehidupan sekeliling. Walau pon begitu, tidak dinafikan bahawa mahkluk Allah ini ada lah mahkluk yang lemah yang kadang kala terlupa dan sering terkeluar dari garis-garis kesusilaan kemanusian itu sendiri. Kita sering terbuai dengan sesuatu yang kita rasakan amat menyeronokkan sehingga tidak terfikir untuk menolih kebelakang mengintai sejarah lampau yang kita tinggaklan jauh kebelakang. Dan kita pon tak lagi merasakan bahawa didalam keseronokan itu telah tercipta suatu kedukaan dari secebis hati yang terluka.Sesungguh nya, aku juga tidak terkecuali dan mengharapkan semoga aku tidak akan tertawa tanpa mengingati tangisan masa lalu. Seandai nya itu berlaku, adalah hendak nya makhluk yang sudi untuk mengejutkan daripada aku terus lena terbuai mimpi ngeri apa tah lagi jika ia nya melibatkan hati nurani insan-insan yang amat aku kasihi. Wallahualam.