Semalan dengan tak di sengaja, aku berjumpa dengan Raihana (bekas tutor Sufia Dan Ika) di dalam MRT sewaktu aku nak ke tempat kerja. Sekarang dia sudah pon bekerja. Makin bertambah cantik dengan pakaian dan dandanan yang amat sederhana dan sopan. Apa yang membuat aku bangga, miski pon berpelajaran tinggi tetap ramah dan tidak sombong, malah begitu sopan tingkah laku dan tutur bicara. Tidak merasa malu atau canggung bersalaman walau pon berada di tengah-tengah halayak ramai.
Sebenarnya sudah lama aku perasan semasa baru masuk dari station Pasir Ris dan memerhatikan dia bercakap-cakap dengan seorang lagi wanita yang aku rasa adik nya kerana wajahnya yang mirip. Cara perbualan pon sungguh mesra berserta penuh hurmat walau pon dengan adik sendiri . Tingkah laku sebeginilah yang dapat mengharumkan nama ayah dan ibu nya biar dimana saja dia berada. Bertuah sungguh!
Wanita yang sebegini sangat susah kita nak jumpa sekarang ni. Dan wanita sebegini juga yang di cari olih jejaka baik2 untuk di jadikan isteri.Semoga bertemulah jodoh nya dengan orang yang baik2 juga. Amin..