Hai.. jumpa lagi. Dah lebih sebulan tak berkesempatan, pagi ini aku paksa diri untuk duduk disini walau badan terasa letih sangat. Maalum ... bulan Ramadhan, banyaklah yang hendak di lakukan.... Hari ini adalah hari kedua puluh satu, Insyaallah. Rutinnya sama saja, selain mengurusi tugas harian, di akhir-akhir ini sibuk dengan membeli belah untuk keperluan Raya untuk anak-anak yang kesemua nya terlalu excited nak beraya dan BERGAYA. Apalah yang mereka fikirkan selain semua yang di inginkan mesti ada. Bagaimana cara nya tak mungkin pernah terlintas di fikiran. Begitulah agak nya semasa aku kanak-kanak dahulu ya.. dan beginilah agak nya yang Mak dan Abah alami dan kini giliran kami pula. Tapi kalau bercukupan , tak lah ada masaalah. Yang tak becukupan itulah yang membuatkan kepala pening untuk memikirkan. Namun... apa pon , biar apa cara nya sekalipon, segala nya mesti diadakan juga. Alhamdulillah, berkat kekuatan yang Allah berikan, biarpon kesempitan, dapat aku tunaikan seadanya. Kata orang, baiklah ada dari tak ada walau pon sedikit. Cuba fikirkan bgaimana dengan mereka-mereka yang langsung tidak dapat menikmati apa yang kita rasakan. Cuba fikirkan, bagaimana agak nya perasaan mereka yang di sana tu yang tak berkemampuan langsung, anak-anak yatim piatu di rumah-rumah kebajikan yang meraikan Hari Raya tanpa ayah dan ibu di sisi. Hanya sekedar mendapat belas ihsan orang lain, tak mampu pon nak memilih baju dan kasut apa yang harus dipakai, juadah apa yang nak di makan apatah lagi yang lain-lain. Mereka langsung TIDAK dapat nak membuat pilihan. Anak-anak kita sesungguh nya amat beruntung sangat. Fikirkan lah... apa kah kamu semua bersyukur??? apa kah cara untuk kamu melimpahkan kesyukuran? maka.. bertanyalah pada diri, dari mana dan dari siapa segala rezeki dan kesenangan yang kamu perolihi. Ingatilah DIA supaya kamu tidak menjadi orang yang lupa diri.
Sempena bulan yang penuh barkah ini, telah pon Nabi sampai kan seruan Allah untuk umatnya yang harus kita sedar - Setiap Ramadhan Allah bertanya : i) sudahkah kamu meminta? ii) sudah kah kamu bertaubat? dan iii) sudah kah kamu meminta ampun. Ini adalah kerana hanya di bulan Ramadhan Allah akan memberikan apa saja yang kita minta dari nya. Terserah sama ada kita nak mengambil peluang keemasan ini. Seandai nya kita memilih untuk tidak memperdulikanya, jadilah kita umat yang rugi kerana tak pasti samaada kita dapat jumpa lagi di Ramadhan yang akan datang setelah Ramadhan ini pergi nanti.
Di usia sebegini, sering aku terfikir dan merasakan betapa bodoh nya aku tidak memikirkan sesutau yang sepatut nya harus aku fikirkan dari dulu lagi untuk bagaimana menjadikan mereka umat yang beriman, bertakwa, menjadikan solat sebagai aktiviti yang wajib, tak bolih di tinggal walau satu waktu semenjak mereka kecil, sehingga sekarang mereka menjadi manusia yang yang menjadikan itu tidak penting malah sibuk dengan keduniaan, mendurhaka menjadi perkara biasa tanpa menyedari itulah yang sebenarnya saham ke NERAKA mereka kumpulkan. Tidak ada langsung di hati mereka rasa bersalah. Hati Ibu Bapa tak penting, kerana yang penting nak jaga hati kawan, "kekasih" dll yang BELUM TENTU mereka itu mampu untuk memberi kebahgiaan dan kasih sayang yang TULIN setulin kasih sayang ibu yang melahirkan. Ya Tuhan.. berikan mereka hidayah dan petunjuk. Jadikan mereka manusia yang sedar untuk menilai yang mana kaca dan permata, jadikanlah dihati mereka KASIH dan IHSAN dengan kami yang semakin lelah dan lesu untuk meneruskan langkah kehidupan ini. Kami merlukan mereka untuk sama-sama tersenyum, menikmati ketengan di sepanjang perjalanan dari dunia sehinggalah kami menemui mu. Semoga juga kami dapat sama-sama berkumpul kembali sebagai satu keluarga di akhirat nanti. Betapa aku juga ingin berjumpa kembali ayah dan ibu ku yang lama aku rindui. Mampukah aku memperolehi nya????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? kerana kini kami anak-anak mu sedar betapa kami dah tak dapat lagi kasih TULIN mu. Kami dah tak ada orang yang perihatin (concern) akan makan atau tak makan, pakai atau tak pakai, sakit pening dan segala nya yang kami inginkan. Jelas nya, tak ada lagi orang yang berikan ubat bila kami sakit, berikan makanan bila kami lapar, berikan selimut bila kami kesejukan, memberikan teguran bila kami buat salah, berikan nasihat bila kami memerlukan, menghulurkan tangan bila kami jatuh memberikan senyuman bila kami menangis. DAH TAK ADA.
Sisaat nak raya ni pon, siapkah yang bertanya kita dah ada baju baru untuk dipakai. Siapa agak nya eh. SUAMI kita lah agaknya !!!siapa lagi.... BETUL KE?
Apa pon.. redha ajelah..
Sampai jumpa lagi.
Wallhualam.