Sesuatu yang dah jadi kepastian bahawa di dalam hidup ini, tak semua apa yang kita inginkan akan menjadi kenyataan. Walau pon kita katakan sesuatu itu adalah didalam kuasa dan kawalan kita namun tetap tidak semesti nya begitu. Olih kerana keupayaan kita ni sebagai hamba sangat terhad, terpaksa lah kita terima SEADA nya. Kalau nak bercakap tentang keadilan, memang tak akan pernah ada. Tapi... di dunia lah. Kalau di akhirat, jangan bimbang , keadilan pasti menjadi nyata.
Kalau nak bercakap mengenai sefahaman dalam hidup, khusus nya di dalam sebuah rumah tangga, pon tak semudah yang kita fikirkan. Mungkin gambaran zahir tu ada malah indah sekali, tapi hakikatnya???? hanya Allah yang mengetahui. Wahai manusia yang beriman.... bersabar aje lah ye.. Harap-harap yang BUTA tu akan menjadi celik,, yang EGO tu mula sedar diri dan cepat-cepat pulak bertaubat sebelum terlambat. Jangan di buang-buang air mata tu... reserve untuk yang perlu aje eh.. Yang pasti , DIA tak buta dan tak pekak. DIA tahu apa yang tersembunyi. Asal saja kita tak melupakan nya, DIA pasti akan bersama.
Teman-teman yang di luar sana tu pon, banyak yang sedang di dalam kesusahan.Sesungguh nya aku menumpang sedih, sayang nya tak berdaya nak membantu. Semoga mereka di berikan ketabahan dan kekuatan di dalam menempuhi ujian. Tak kan lah langit tu selalu mendung dan tak kan lah lautan tu selalu berombak.