ANTIQUE ROSES <body>
Monday, June 23, 2008

Kebelakangan ni memang aku jarang berkesempatan untuk menulis di ruangan ini, walau pon banyak yang ingin aku coretkan. Selain dari masa yang tak mengizinkan, terlalu banyak yang tersekat di fikiran. Rasa nya ingin nak aku jerit kuat-kuat.. tapi ........ untuk apa ???????

Hampir dua minggu sudah teman sepejabat ku meninggal dunia setelah menderita sakit buah pinggang yang di tanggungnya sekian lama. Miski pon tidak mempunyai pertalian darah di antara kami, namun kehilangan nya terasa sangat. Mungkin kerana dah bertahun-tahun kita berkerja di bawah satu bumbung. Ibarat berada di dalam satu keluarga. Segala yang pernah berlaku sama ada suka, duka, marah, gurau senda dan apa saja kini hanya tinggal kenangan. Usia nya masih terlalu muda tapi kalau sudah ajal, tetap pergi juga. Tinggal lah yang hidup ni meneruskan kehidupan masing-masing. Perpisahan tu amat menyakitkan. Tu baru kawan sepejabat, apatah lagi kalau orang sekeliling yang kita sayangi. Tak sanggup rasa nya....

Peristiwa itu juga membuat aku terfikir betapa singkatnya hidup ini. Bagaimana dapat kita gunakan waktu sesingkat itu untuk kita kejar sesuatu yang abadi sebagai bekalan ke akhirat? Sedangkan kita terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti keduniaan yang tak pernah selesai. Lebih-lebih lagi dengan dugaan yang semakin mencabar. Segala nya membuat aku menjadi T E R L A L U T A K U T. Takut nak menghadapi kesudahan nya perjuangan !! Tapi apa bolih buat... bak kata pepatah "kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai" Kalau kita dah pilih untuk berumah di tepi pantai,, terpaksalah kita harungi ombak-ombak tu walau seganas mana sekali pon. Ya takkk??? Hanya yang menjadi persoalan apakah aku mampu untuk meneruskan??? Ya Allah..... berikanlah aku kekuatan dan berikahlah aku petunjuk mu.

Malam yang dah larut ni, walau pon sepi tapi tenang, namun terpaksa aku tinggalkan buat sementara waktu kerana esok (yang tak berapa jam lagi) aku harus teruskan tugas-tugas harian seperti biasa. Begitulah seterus nya.......

bye byeeeeeeeee








Profile
AMNAH AHMAD

-Mother of 3 with full of sensitivity,
tapi masih cun
-28 August
-Love nature

Tagboard

Links
Asni.

Archives
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
February 2009
September 2009
October 2009
November 2010

Credits
Designer
Inspiration