ANTIQUE ROSES <body>
Tuesday, May 6, 2008

Hai semua, dah berabad rasa nya tak aku lewati ruangan ini. Walaupon terlalu banyak nak nak aku coretkan, namun masa selalu saja terhad. Masa yang terhad di campur pulak dengan fikiran yang kusut masai. Itulah yang membuatkan hati yang langsung tidak tenang. Entah bagaimana nak aku susun supaya menjadi satu ayat sesuai dengan perasaan yang terlalu dalam terpendam. Yang jelas, semakin bertambah nya usia, terasa semakin bergelora lautan dunia yang berbagai-bagai ragam kehidupan. Perasaan takut, gerun, sayu, sedih semua nya bercanpur baur. Semalan yang beralu banyak meninggalkan berbagai-bagai kenangan. Itulah juga yang dinamakan pengalaman. Semakin banyak pengalaman yang kita lalui, semakin kita menjadi terlalu berhati-hati. Terutama di dalam menjalankan tugas kekeluargaan. Jelas nya terhadap orang-orang terdekat yang amat kita sayang. Olih kerana itu kita akan merasakan amat kecewa kalau insan-insan berkenaan langsung tidak dapat menghargai kasih sayang yang sejati.

Sebenarnya, yang penting dalam hidup ini adalah tanggung jawap. Kalau kita ada perasaan tanggung jawap, insyaallah hidup pasti dapat keberkatan dunia dan akhirat. Tanya diri sendiri apakah tanggung jawap kita dan apa kah tujuan hidup kita, hari ini sehingga lah sampai kepenghujung nya. Sama ada tanggung jawab sebagai suami, isteri, abang, kakak, adik, anak dan lain-lain nya. Tanggung jawab itu semua di tuntut bila kita balik kealam akhirat nanti. Sayang nya didalam dunia hari ini banyak yang terpesong. Yang haram sebolih-bolih nya di katakan halal. Sedangkan SYURGA dan NERAKA tu bukan lah suatu cerita dongeng. Ia nya tetap ujud dan pasti ujud. Kalau panasnya di dunia kita tak bolih tahan, apa lagi di NERAKA JAHANAM? Kalau Islam mengatakan Syurga itu di telapak kaki ibu, mengapa masih ada yang sangsi. Kalau cetek pengetahuan didalam ugama Islam, cari lah ilmu. Jangan sampai sesat memanjang. Berpatah balik lah kepangkal jalan. Yang PASTI, hidup kita tak akan bahgia kalau kita tak dapat membahgiakan orang yang melahirkan kita. ITU LAH JANJI ALLAH. Cari lah keredhaan nya. Bahgiakan mereka yang hanya kamu miliki satu saja dunia dan akhirat. Hargailah insan itu selagi hayat nya masih ada. Tak guna megalirkan air mata kalau roh nya dah bercerai dari badan. Tinggalkan saja gejala dunia yang banyak membuat kita terpesong. Seandai nya masih tidak ada KESEDARAN............. jadilah kamu manusia yang RUGI. Nauzubillah minzalik.

Sampai jumpa lagi di lain kesempatan. Insyaallah


Profile
AMNAH AHMAD

-Mother of 3 with full of sensitivity,
tapi masih cun
-28 August
-Love nature

Tagboard

Links
Asni.

Archives
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
February 2009
September 2009
October 2009
November 2010

Credits
Designer
Inspiration