ANTIQUE ROSES <body>
Thursday, March 6, 2008

hai.... memanglah dah lama tak mampir kat sini. Bukan apa lah, terlalu banyak yang hendak di perkatakan sampai tak tahu nak menyusun kata-kata. Takut di salah anggap pon ada. Maalum... banyak yang menjadi teka-teki dan terlalu banyak persoalan-persoalan hidup ini yang tak dapat nak aku cari jawapan nya. Yang nyata.... hari demi hari aku di saluti dengan berbagai-bagai mimpi ngeri. Apa tak nya.. mentari yang aku impikan, berselindung pulak di balik awan. Namun.. aku tak lah putus asa. Tanpa jemu... aku tunggu jugak dia terbit , namun ... kehidupan tetap tak ada yang pasti.. Haiiiiii tak lah pernah aku terfikir bahawa ini rupa nya corak kehidupan. Perbezaan dahulu dan sekarang ibarat matahari dan bumi. Terlalu jauhhhh sangat. Sehiggakan budaya banyak dah di lupakan, keimanan langsung pudar, nilai budi dan kesopanan bukan lagi menjadi keutamaan, hurmat-menghurmati dah tak ada erti. Melakukan maksiat terang-terangan seperti dah tak ada harga diri. Takut-takut satu hari nanti sebutan "ALLAH" pon kelu nak di ucapkan. NAUZUBILLAH.

Lihat saja yang diluar tu.. ada yang dah di depan mata pon....... tak segan silu perigi yang cari timba, kehurmatan diri langsung tak di jaga, kesopanan jauh sekali sampai mata pon dah jadi buta. Terlalu mabok kepayang sampai tak tahu nak menilai. Kasihannnnnnnnnnn sungguh... Fikiran beku dek kerana terlalu mentah untuk memikirkan apakah yang patut di beri keutamaan. Sebab itu lah banyak yang mengambil kesempatan. Kan ke BODOH nama nya. Tapi......... kalau dah melibatkan orang -orang yang tersayang, bagaimana mungkin telinga di pekak kan dan mata di butakan. Pasti nya tak sanggup nak melihat mereka kecewa dan hampa, kerana, kalau mereka kecewa, hati sang Ibu akan lebih kecewa lagi, kalau mereka menangis, hati sang Ibu lah yang akan lebih terguris. Tak dapat kah mereka menilai yang mana satu "kasih sejati" ???? sehinggakan batu di katakan permata?

Sememang nya kita tetap perjuangkan yang hak tapi pilihan tetap pada yang berkenaan sebab kita ni hanyalah insan yang tak punya daya upaya selain DIA . Semoga di berikan petunjuk kepada mereka-mereka yang berkenaan. Kita ni hanya mampu berdoa lah ye...... Wallahualam

Sampai dilain kesempatan.. senyum-senyumlah selalu. Tapi..... nak senyum pon kena tenguk tempat tau.. Takut tiba-tiba ada kat katil hospital gila pulak. Akuuuuuuuuuu jugak yang susahhhhhh


Profile
AMNAH AHMAD

-Mother of 3 with full of sensitivity,
tapi masih cun
-28 August
-Love nature

Tagboard

Links
Asni.

Archives
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
February 2009
September 2009
October 2009
November 2010

Credits
Designer
Inspiration