ANTIQUE ROSES <body>
Saturday, January 12, 2008

Petang ni hujan lebat sekali. Masa pon begitu cepat berlalu. Baru nak rehat Asar dah pon di penghujung. Lepas tu masuk pula waktu magrib. Anak-anak yang dua tu di luar dengan hal mereka masing-masing. Tinggal aku di rumah dengan si Komeng. Kalau tak bekerja masa seperti berlari. Sememangnya masa yang kita tinggalkan banyak merobah segala nya. Yang tak ada jadi ada. Yang lama jadi baru, yang muda jadi tua (asal jangan jadi tua keladi), yang awal akan berakhir. Itulah putaran alam, suka atau tidak ia nya pasti terjadi. Namun sepanjang kehidupan ni mestilah ada tujuan.Kalau tak ada tujuan bukan kehidupan namanya dan orang yang tak punya tujuan tu adalah orang yang tak ada wawasan. Hidupnya akan hambar dan tak berarti. Lebih baik jangan hidup sudah.... kalau setakat membuat dunia lebih penuh sesak.

Tujuan hidup kita apa pulak. Tentulah sesuatu yang bersangkutan dengan keluarga. Terutama anak-anak, masa depan mereka dan juga persiapan untuk BALIK....
Tapi sepanjang perjalanan mestilah di iringi dengan berbagai-bagai ragam kehidupan. Apa yang membolih kan kita terus bertahan hanya kalau ianya diiringi dengan ilmu dan keimanan. Sebabkan itu lah kita diwajibkan menuntut ilmu, dunia dan akhirat. Ilmu dunia tu.. itulah yang anak-anak sedang hadapi sekarang ni... supaya berjaya dan berolih kesenangan. Bila dah senang, kita gunakan pula untuk jalan keakhirat, tempat kekal dan abadi. Kalau banyak duit, macam-macam kita bolih buat. Kita bela nasib keluarga, bangsa dan agama. Macam yang nabi kita Muhammad SAW perjuangkan. Tapi kalau kita ashik leka dengan dunia saja.. buang masa berhayal dengan benda-benda yang tak mendatangkan faedah.. alangkah rugi nya...

Banyak lagi yang patut di perkatakan sebenarnya. Yang dua lanang ni dah balik pulak...... tak bebas kita nak melayan perasaan. Dua-dua dah tunggu kat tepi computer. Baik aku bela lah... Byeeeeeeeee




Monday, January 7, 2008

Aku kembali lagi. Dah sekian waktu tak menulis, pertama kerana di office dah tak di benarkan blogging. Kedua, aku merasakan banyak yang tersirat tu tak sesuai untuk aku luahkan. Sebaiknya ia dijadikan rahsia kehidupan tanpa orang tahu melainkan Allah. Namun begitu, taklah semua. Ada juga ketika dan masanya aku akan muntahkan untuk di kongsi bersama. Tapi... itu pon bergantung pada masa. Ia lah , masa..... yang selalu kesuntukan. Dan entah kenapa pulak malam ini aku merasa ada mood nak blog.

Hari ini dah seminggu tahun 2007 aku tinggalkan. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang di lalui dan kini sudah pon menjadi sejarah. Alhamdulillah, saat ini aku masih berdiri setelah jatuh dan bangun, menangis dan tersenyum dan akan teruslah begitu di sepanjang perjuangan. Semoga aku tetap di berikan kesihatan dan kekuatan di dalam meniti hari-hari seterusnya. Begitu jugalah bagi orang-orang yang aku sayangi di keliling, suami ku, anak-anak ku, adik-adik ku anak-anak saudara ku termasuk ipar-ipar duai semua nya. SEMOGA DI PANJANGKAN UMUR DALAM KESIHATAN SERTA DI MURAHKAN REZEKI DI SAMPING BERADA DI DALAM PETUNJUKNYA SELALU. Amin......

Kenangan silam tu, biar pon pahit atau manis biarlah tetap jadi kenangan. Di masa-masa yang akan datang, macam mana pulak corak yaaaa... Wallahualam. Semoga indah-indah saja lah . Walau macam mana pon satu perkara yang sehingga kini tak pernah luput dari ingatan biar pon sudah sekian waktu berlalu. Terasa masih baru saja semalam terjadi, di saat kehilangan orang-orang yang aku sayangi. Kehilangan memang menyakitkan. Tak sanggup rasanya untuk menghadapinya lagi. Namun kenyataan nya.. itulah lumrah kehidupan. Suka atau tidak terpaksa kita hadapi juga.

Azam masa depan macam mana pulak................... tapi selalu nya lain yang di idam.. lain pulak yang jadi.

Sampai sini dulu lah. Bila lagi tu... aku pon tak pasti lah.... Byeeeeee


Profile
AMNAH AHMAD

-Mother of 3 with full of sensitivity,
tapi masih cun
-28 August
-Love nature

Tagboard

Links
Asni.

Archives
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
February 2009
September 2009
October 2009
November 2010

Credits
Designer
Inspiration