Haiiiiiiiiiii.. jumpa lagi...
Syawal dah pon melangkah ke penghujung nya. "gelora Raya" pon dah semakin reda. Sekarang kena lah berpaling kearah lain pulak, Apa lagi kalau tak perkara yang bersangkutan dengan persekolahan anak-anak. Setiap akhir tahun, itulah rutin nya. Tahun baru, segala nya mesti baru. Ada yang sekolah baru, kawan baru, pakaian sekolah baru dan kalau bolih semua nya baru.Tapi.. yang penting "AZAM " tu mestilah baru juga. Itu pon kalau nak jadi orang berjaya, hidup sempurna dan di berkati Tuhan dunia dan akhirat. Faham lah ehhh... kalau tak faham carilah sampai faham!!
Kita ni Ibu-ibu pon mesti ada "AZAM" baru juga. Maalum........... Ibu-ibu ni.. terutama akulah............. selalu lemah, mengalah, simpati, kasihan, walau tak mampu pon tetap nak memenuhi kehendak anak-anak asal saja mereka gembira. Walaupon begitu, ada anak-anak yang tak menghargai langsung malah nak pijak kepala. Anak-anak kita tak lah ehh!!!!
Bila kita didalam keadaan tertekan dek masaalah yang di lemparkan olih mereka, ada adik beradik yang simpati . Bila kita berkongsi kesedihan, kita dikatakan menceritakan kisah rumah tangga sendiri, membuat orang akan berkata kita ni yang tak pandai jaga anak.Tapi... tak lah mereka sedar bahawa orang sebenarnya akan berkata yang anak-anak lah yang "tak masuk dek ajar" !!! Mereka merasa yang mereka tu sudah cukup dewasa, dah bijak buat keputusan sendiri. Tapi... mereka tak sedar, apa pon yang mereka lakukan, kalau tak ada RESTU dari orang tua, sampai mati mereka tak akan menemui kesenangan. Pangkat tinggi melangit pon jiwa tak akan tenang. Mendengar nasihat kawan lebih lebih baik dari mendengar nasihat Ibu Bapa sendiri. Tapi bila di timpa kesusahan kawan semua menghilang, entah kemana! Bila kawan ajak pergi lepak-lepak, buang masa tepi pantai, tepi jalan, bersidai di shoping2 centre, bergaul dengan "lelaki atau perempuan" yang hanya merugikan, itu"COOL". Pengaruh yang tak sihat tu lebih'interesting' Bila suruh buat ibadat, cari ilmu akhirat, buat kerja berfaedah, belajar bersungguh-sungguh, tak minat. Tapi kan.. anak-anak kita tak lah cam tu kan.. kan.. kan...!! Insyaallah.
Tapi kan... cuba kita lihat, mereka yang berjaya tu.. rata-rata dari anak-anak yang tak bebas dan selalu mendengar segala nasihat orang tua nya.
Hanya Allah saja yang mengetahuiiiiiiiiiiiiiiii segala yang tersembunyi.
Sama -sama lah kita tanamkan azam buru tu yeeeeek