Asslamualaikum wr wb. Aku di sini lagi menemui kamu-kamu yang pastinya masih menanti-nanti , Ya takk??
Ramadhan telah pon belalu, dan kini kita berada didalam bulan Syawal setelah hampir dua minggu berHari Raya. Sambutan tahun ini nampaknya amat terbatas sekali. Tak banyak berjalan raya di atas sebab2 tertentu. Diantaranya di sebabkan anak-anak yang sedang menghadapi peperikasaan, Maalumlah, bukan mereka saja yang stress, mak papak pon stress juga. Dan lagi tahun ini sudah hampir sampai ke penghujungnya. Walau pon Hari Raya telah berlalu, banyak lagi perkara2 lain yang akan kita hadapi. Ya lah... persiapan persekolahan untuk tahun yang akan datang. Semua nya sedang menanti. Semalam anak aku yang bungsu sudah pon bawa balik 'book list for sec two '. Tak ada puluh2, tapi ratus2. Tu baru satu, Putri Komeng belum tahu. Yang putri sulung,lagiiiiiiii belum tahu. Tapi, kita ni sebagai mak papak tetap akan berusaha walau apa pon demi memberikan pelajaran untuk anak2, asal saja mereka tidak mensia-sia kan usaha kita, kerana yang kita inginkan agar mereka menjadi manusia yang berjaya dan berguna di mata masyarakat. Namun........... untuk menjadikan itu satu kenyataan............. hemmmmmmmmmmm perjalanan nya amatlah berliku-liku. Bukan senang nak berdayung diatas lautan yang bergelombang, apatah lagi yang mendayung tu semakin hari semakin "muda".
Besok dah hujung minggu lagi. Tak tahulah nakberaya lagi ke.... nak kemana ke............. Hari Ahad dah ada rancangan dengan Ating Dan Nyonya nak menziarahi pusara mak dan Abah. Sampai dah nak dua minggu Hari Raya barulah berkesempatan. Dah tu nak ambil kesempatan cuci mata kat kedai jual pokok-pokok. Itu saja lah hobby yang dapat aku lepaskan stress.. nak bertaman di rumah flat pon terhad. Apa yang dapat saja lah. Besok pula kalau berjalan pon mungkin petang, adik yang bungsu jemput beraya ke rumah nya. Kalau nak shoping.. tak mungkinlah.. maalum...
Ok lah sampai ketemu lagi. Daaaa