ANTIQUE ROSES <body>
Friday, September 28, 2007

Memang sudah lama kita jadikan satu budaya, setiap kali di bulan puasa, berbuka beramai-ramai secara bergilir-gilir. Hujung minggu pertama berbuka di rumah Ani, minggu yang kedua pula rumah Timah dan hari berikut nya di rumah aku (hari Ahad, 23hb sept 2007). Ia lah.. setelah masing-masing mempunyai keluarga, berkumpul beramai-ramai berbuka puasa adalah sesuatu yang sering kita nantikan. meriah betul, lebih-lebih lagi melihat anak-anak saudara yang duduk berderet-deret mengadap juadah. Riuh rendah menanti waktu berbuka. Kalau Mak dengan Abah masih ada tentu mereka merasa lebih seronok melihatkan telatah cucu-cucu nya dari yang besar panjang hinggalah yang kecil-kecil. Kecerian dari wajah anak-anak kita tu memanglah ketara. Terkenang pulak zaman kita kanak-kanak dulu, ya tak!!! Yang ada di dalam fikiran mereka hanyalah menginginkan semua yang baru. Baju, kasut, beg semua nya mesti baru. Tak sabar menanti Hari Raya. Hari-hari dok menerai kasut dan apa2lah yang barudi beli.

Setiap kali berjumpa ramai2 cam tu, pasti aku terkenang telatah si Atok dan Nenek yang sama-sama kecoh. Sememang nya kalau bolih, hari2 mereka nak cam tu. Kalau dengar anak-anak lain nak datang, dengan pastas tanya aku apa nak masak. Dah tu request pulak nak kuih itu dan ini dengan si Ani dan si Ateng. Maalum lah.. aku memang tak suka sangat buat kuih kecuali kuih yang aku suka saja. Tak lain balik2 abuk2 dan kadang2 kuih awel2 (yang di buat dari ubi tulah.. di salut dengan kelapa) Emhhhhhhhhhh sedap nyaaaaaaaaaaa...

Walau macammana pon, aku pasti bahawa Mak dan Abah masih bersama kita miskipon kita tak dapat melihat jasad mereka lagi. Abah tengok lah cucu kesayangan Abah tu si Jaja, dah besar panjang. Dah bekerja dan tak lama lagi Abah akan dapat cucu menantu. Yang lagi satu tu si Komeng.. dah pandai melawa. Asyik nak bergayaa aje.. macam2 yang dia hendak. Haiiiiiiiiiiiii tak tahulah.. terlarat ke tidak Bah... aku ni. Bermacam cara aku terpaksa buat sekedar memenuhi keinginan mereka dan melihat mereka bahgia. Cucu-cucu yang lain pon tak kurang juga. Masing2 m2mpunyai keinginan masing2 yang terpaksa kami adakan juga. Semuanya membuat kami terfikir bagaimana susah nya waktu Abah dan Mak membesarkan kami adik beradik. Baru kini kami faham akan perit getir nya membesarkan anak-anak. Semoga kami kuat mengharungi segala nya.

Hari ini, diam tak diam dah enam belas hari kita berpuasa. Raya dah semakin dekat, Nampak nya tahun ni beraya apa yang seadanyalah yaa.. Keingin di hati tu... baaanyakkkkk sekali. Teringin jugak nak itu dan ini. Tapi dari siapa ehh.. apa bolih buatttttttttttt. Kalau dah memang di surat kan beginiiiiiiiii REDHA AJE LAHHHHHHHHHHHHH . Wallualam.


Profile
AMNAH AHMAD

-Mother of 3 with full of sensitivity,
tapi masih cun
-28 August
-Love nature

Tagboard

Links
Asni.

Archives
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
February 2009
September 2009
October 2009
November 2010

Credits
Designer
Inspiration