Ohhhhhhhhh yehhhhhhh
dah terlalu lama menanti ??????????????
bukan apalah.... sengaja menyepi diri ... dah kehilangan kata-kata nak disusun menjadi sebuah ayat untuk di persembahkan dek kerana ........................ mistri kehidupan!
Tapi hari ini ingin aku coretkan secebis kisah yang baru saja berlaku dan di ceritakan olih seorang teman awal pagi tadi. Hanya sebagai renungan dan iktibar. Ia adalah kisah seorang lelaki tua yang tak lama telah meninggalkan dunia ini. Setelah kehilangan isteri, beliau hanya hidup saorang diri dirumahnya tanpa ditemani olih sesiapa, biar pon kedua anak2 nya. Kedua anak2 beliau dikatakan telah berkeluarga dan berada didalam kehidupan yang sederhana. Hanya sekali-sekala mereka akan datang, itu pon keran menghendaki sesuatu.. (apa lagi kalau tak duit) . Mujur ada jiran sebelah yang sangat perihatin, memberikan makan, minum dan segala keperluan dan bantuan tanpa mengharapkan bayaran walau se sen. Dan setelah kematian orang tu, tiba2 datang kedua2 orang anak-anak nya, konon nak mengambil tindakan undang-undang keatas jiran yang berhati mulia itu. Sebab nya............... orang itu itu telah mewasiatkan segala harta bendanya berupa wang dan rumah yang bernilai ratusan ribu kepada hanya jiran nya seorang. Mengapa si mati terlalu tega melupakan anak-anak nya didalam perkara tersebut???????????????? Hanya orang-orang yang mengalami nasib yang sama saja dapat memberikan jawapan yang TEPAT.
Di situ membuat aku tefikir akan bagaimana kah kesudahannya hari tua ku. Bagaimana pula nasib kita-kita ni yang bakal melalui hari-hari tua? Kaum ibu di sana tu fikirkanlah , apakah persediaaan yang harus kita buat hari ini untuk hari esok? Kalau hari ini ORANG-ORANG TERDEKAT tak perihatin, apa lagi hari esok???????? ya tak ?????????????? Kalau hari ini pon sudah sering di sakiti..apa lagi hari esok?????? Orang tua yang berharta pon anak-anak tak peduli, apa lagi kalau kita ni yang kekosongan. Bukan kosong wang ringgit saja..... kosong jiwa raga terus. Mungkin kah begitu??? NAUZUBILLAH MINZALIK. Apakah ada kalimat-kalimat DOA setelah kita pergi nanti??? WALLAHUALAM BISSAWAB
Sampai ketemu lagi.Assalamualaikum wr