Haiiiiiiiiiii di sana.........
Hari ini izinkan saya coretkan sebuah cerita yang bolih kita sama-sama jadikan renungan dan pengajaran. Terutama kepada anak-anak remaja perempuan yang di sana tu, hayatilah isi yang terkandung disebalik pesanan Rasullullah s.a.w. ( dari Ustazah Siti Mariam bte Raub)
WANITA IBARAT POHON SEMALU
Pada suatu hari, Rasululluah s.a.w. berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua dibawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasululluah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyanbung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat espek.
Pertama:
Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini bolih di ibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai sifat malu (pada tempatnya)
Kedua:
Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Olih itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang muslimah.
Ketiga:
Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai kekuatan iman kepada Allah Rabbul Alamin.
Keempat:
emalu akan kuncup dengan sendirinya apabila SENJA MENJELANG. Olih itu, para wanita sekelian, kembalilah kerumah mu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Kesimpulannya:
Terdapat banyak ciptaan Allah swt di dunia ini yang bolih dijadikan iktibar olih manusia seluruhnya sebagai alat untuk memberikan keinsafan dan pembakar semangat untuk bahagia dunia dan akhirat, tetapi ramai yang di antara kita yang tidak mengatahuinya dan tidak berfikir yang positif tentang sebahagian dari ciptaan Allah swt di alam dunia ini.