ANTIQUE ROSES <body>
Tuesday, June 26, 2007

SUATU RENUNGAN

Kita selalu berkata bahawa dunia ini semakin tua. Kita juga kata bahawa mungkin ia nya akan berakhir. Dalam kitab juga ada memberi tahu akan apakah tanda-tanda HARI KIAMAT. Tanda-tanda hari kiamat terbahagi kepada dua peringkat, ia itu tanda-tanda awal dan tanda-tanda akhir. Sekarang ini pon banyak tanda-tanda awal yang dah berlaku. Diantara nya adalah :- 1) bertambah pendek nya masa
2) banyak berlaku pergaduhan
3) banyak berlakunya perzinahan
4) kejahatan dapat mengalahkan kebenaran
5) banyak berlaku bencana alam (gempa bumi, angin taufan, banjir
dll)
6) hamba-hamba wanita telah melahirkan tuan nya. Maksudnya
ANAK-ANAK YANG DI LAHIRKAN OLIH SANG IBU TIDAK
LAGI PATUH KEPADA IBU NYA, BAHKAN MENGANGGAP
DIRINYA SELAKU TUAN DI RUMAH ORANG TUA NYA
SENDIRI.

(Senarai diatas adalah di petik dari buku bertajuk "Fardhu 'Ain Khusus Wanita" by Nur Hidayah Abdullah)

Olih yang demikian, sudah teranglah bahawa kita hari ini sedang mengalami keadaan yang terlebih dahulu sudah dicatitkat di dalam kitab Alqur'an. Masaalah yang paling dekat, yang kita pandang depan mata kita sendiri adalah senarai yang nombor 6. Anak-anak yang biadap dan mendurhaka dengan kedua orang nya terang-terangan tanpa merasa bersalah dan sesal. Apa dah jadi dengan pelajaran agama yang kita beri selama ini??? Berbakul nasihat dan tunjuk ajar yang di beri, seperti muncurah air di daun keladi!!

Seandai nya mereka masih tidak sedar dan bertaubat sehingga datangnya maut bagi pehak mereka sendiri atau kedua orang nya, jadi lah mereka manusia yang malang, kerana yang menanti mereka hanyalah api neraka yang terus menyala. N A U Z U B I L L A H.

YA ALLAH............... KAU BERIKAN LAH MEREKA PETUNJUK


Thursday, June 14, 2007

Ohhhhhhhhh yehhhhhhhhh
blog gue berwajah baru lagi. Sumber ilham si Komeng. Macam manapon, waktu ini belum dapat nak ku coretkan apa-apa di sini walaupon terlalu banyak yang terbendung. Biar ku simpan dulu buat sementara waktu.

Keadaan harian masih juga rutin. Saban hari hanya mengejar waktu yang adakala nya tak kesampaian. Di tempat kerja pula seringkali berhadapan dengan wajah-wajah sayu ibu bapa yang terpaksa berhadapan dengan suatu rialiti hidup angkara anak-anak mereka yang melakukan kerja-kerja jenayah. Sejak dari bayi hinggakan dewasa masih juga menyusahkan orang tua. Bila agak nya masa untuk membalas jasa dan membela nasib orang tua kalau sedewasa ini masih tak ada kesedaran dan melakukan kerja-kerja BODOH yang hanya merosakan masa depan. Begitulah kalau tak punya pelajaran, nak dapatkan kesenangan dengan mencuri, merompak, menipu dan lain-lain. Kehidupan akan terus tak ada ketenangan dan merempat sampai mati!!!!!! Bila dah mati, kena pula bersoal jawap si mahkamah TUHAN. Itu lah yang pasti. Yang menjadi persoalan nya sekarang, siapakah yang harus di persalahkan??? sedangkan tak ada ibu bapa di dunia ini yang mengajar anak-anaknya melakukan yang munkar, Malah berkorban jiwa raga demi anak-anak yang dikasihi. Dapat aku rasakan betapa kecewa dan pilu nya hati si ibu ketika itu. Setelah berpenat lelah membesarnya, akhirnya sebahagian hidupnya dihabiskan di dalam penjara. Tinggallah orang tua dengan khidupan yang tak terbela.

Semoga kita semua tidak tergolong di dalam kelompok mereka-mereka yang munkar itu ya.... NA'UZUBILLAH MINZALIK. Dan semoga Tuhan terus memberikan petunjuknya. AMINNNN..


Profile
AMNAH AHMAD

-Mother of 3 with full of sensitivity,
tapi masih cun
-28 August
-Love nature

Tagboard

Links
Asni.

Archives
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
February 2009
September 2009
October 2009
November 2010

Credits
Designer
Inspiration