ANTIQUE ROSES <body>
Wednesday, May 16, 2007

Haiiii............. Assalamualaikum wr wb . Jumpa lagi di halaman "blogger.com" Fahamlah kita beberapa hari ni tak post. Jangan risau lah.. sementara saja. Kadang-kadang tu kerana tak ada masa dan kadang-kadang tu kerana fikiran ni kata orang putih tah stable lah.. bercelaru tahu tak . Tak tahu lah nak di katakan. Macam-macam sebablah tu.... faham-faham ajelah ngehhhhhhh. Ok lah... lupakan semua tu. Niii Cek nak dok cerita sikit kat hang semua. Sikit aja lah hahhh.

Allllllllllmukarammmmmmmmmm

13hb Mei 2007 yang baru saja berlalu, adalah HARI IBU. Seluruh dunia menyambut nya. Malah, setiap tahun, dalam minggu kedua bulan Mei, HARI IBU di laung-laungkan. Sesuatu yang bolih dibanggga kan apabila kebelakangan ini, masyarakat Islam juga mengalu-ngalukan akan perlunya sambutan HARI IBU tersebut. Berbagai-bagai makalah, risalah, pesanan, iklan juga media masa bekerja sama memberikan informasi akan betapa penting nya Hari Ibu di sambut. Malah di majlis-majlis agama juga tidak terkecuali di dalam memberi kesedaran akan perkara tersebut. Anak-anak kita juga tidak ketinggalan memberikan hadiah, jambangan bunga, kad-kad ucapan yang di sertakan dengan kata-kata indah berupa pujian, sanjungan dan janji-janji yang memberi sepenuh harapan untuk menjadi seorang anak yang baik dan berjaya. Malah apa juga yang menjadi impian Ibu Bapa.

Namun begitu.... sejauh manakah "pengertian" tentang Hari Ibu itu di mengertikan? Apa kah "message"yang ingin di sampaikan? Jawapan ini yang perlu kita cari. Setelah kita perolihi semua jawapan tersebut, barulah kita dapat menghayati dan menjiwai akan sambutan Hari Ibu dengan lebih berarti. Maksud nya, Hari Ibu ada lah hari yang membawa kita kepada suatu pengertian bahawa batapa tinggi nya martabat seorang wanita yang bergelar IBU di dalam melaksanakan tanggung jawap yang di wajibkan keatas nya. Yang paling istimewa adalah naluri yang halus, kasih sayang serta keperihatinan nya terhadap anak-anak, telah menempatkan mereka-mereka itu di martabat yang paling tinggi. Tidak ada yang bolih kita nilaikan selain pengurbanan seorang Ibu sehinggakan ketahap menggadai nyawa sendiri demi kehidupan anak-anak yang di kasihi.

Seandai nya pengertian itu sudah kita perolihi, Pasti............. kita tidak akan tergamak melakukan apa jua yang bolih menyentuh perasaan atau melukakan hati mereka. Sama ada dari segi perkataan mahu pun perbuatan. Itu lah yang dinama kan MENGHURMATI. Hari ini, cuba kita nilai diri sendiri apakah sudah kita perolihi "pengertian" tersebut? Sesungguh nya, segala nya sudah pun termaktub di dalam ajaran agama kita iaitu ISLAM yang maha suci. Kaji lah ia selagi hayat di kandung badan agar apa yang kita lakukan bukan sekadar ikut-ikutan tapi suatu PENGERTIAN.

Wallhualam. Wassalamualaikum wr wb.

Sampai di sini, hamba melangkah pergi buat sementara waktu.

Haa .. anak-anak di sana tu.. ini pantun pusaka ya.. tak bolih di lupakan tau...

kalau ada sumur diladang
bolih kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
bolih kita berjumpa lagi


Profile
AMNAH AHMAD

-Mother of 3 with full of sensitivity,
tapi masih cun
-28 August
-Love nature

Tagboard

Links
Asni.

Archives
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
February 2009
September 2009
October 2009
November 2010

Credits
Designer
Inspiration