ANTIQUE ROSES <body>
Tuesday, May 8, 2007

Apabila dunia semakin tua, manusia pula semakin bijak membuat berbagai-bagai kajian untuk mendapatkan apa yang di namakan KEMAJUAN. Mereka tak lagi berjalan, malah berlari Siapa yang lebih pantas, dialah yang akan lebih dahulu menikmati kemenangan dan maraih keuntungan. Tapi bagaimana dengan mereka-mereka yang berhayal dengan angan-angan kosong. Inginkan kejayaan tapi tak mahu berusaha dan bekerja keras, inginkan kekayaan tapi masih leka dengan berbagai corak hiburan. Naluri malah cenderung dengan musik, game, wayang gambar, sembang-sembang, lepak-lepak dan berbagai-bagai budaya liar yang lain.

Sayang nya, kajian membuktikan bahawa, mereka-mereka itu terdiri dari anak-anak bangsa kita sendiri. Bagaimana kah ini bolih berlaku, Siapa yang harus di persalahkan??? Apakah silap nya ibu bapa dari segi memberi mereka pelajaran. Sehinggakan mereka tidak memperdulikan segala nasihat dan tunjuk ajar. Malah cenderung pula dengan kegiatan-kegiatan yang merugikan.

Sememangnya ramai di antara ibu bapa yang dulu nya tidak berpeluang untuk menikmati segala nya disebabkab ketidak mampuan. Dari pengalaman itulah maka hari ini ibu bapa bekerja keras sedaya upaya memberikan apa juga yang perlu dan kemudahan untuk menjadikan mereka seorang yang berjaya. Bagai mana pula kalau mereka itu sendiri yang tidak berminat untuk meletakkan diri di puncak kejayaan???

Namun begitu, semoga hari ini anak-anak bangsa "melayu" mendapat kesedaran, membuka hati dan minda agar mempertingkatkan usaha demi mencapai kemenangan tanpa membuang waktu lagi. Jadikan kejayaan sesuatu yang dapat dibanggakan olih keluarga dan bangsa. Hanya dengan ilmu saja dapat menjadikan hidup lebih berarti. Buktikan bahawa semua tanggapan negatif mereta tak benar. Melayu sebenarnya tidak malas dan melayu bolih maju. Anak Melayu juga mampu memegang jawatan tinggi seperti Doktor, Peguam, saintis, profesor, menteri malah memegang teraju negara sekali pon. Semua itu tidak mustahil sekiranya ada KESEDARAN DAN USAHA GIGIH.


seronok kepantai menangkap rokan
tak sedar terlanggar perahu di pengkalan
ingatlah pepatah yang mengatakan
dimana ada kemahuan, disitu ada jalan



Profile
AMNAH AHMAD

-Mother of 3 with full of sensitivity,
tapi masih cun
-28 August
-Love nature

Tagboard

Links
Asni.

Archives
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
February 2009
September 2009
October 2009
November 2010

Credits
Designer
Inspiration