ANTIQUE ROSES <body>
Thursday, April 26, 2007

Tak tahu nak di tafsirkan tentang hati. Kadang waktu di rasakan damai. Kadang waktu pula di rasakan resah. Ada masa-masa nya datang berbagai-bagai perasaan yang tak menentu. Kalau dah dikatakan kehidupan, memang tidak ada ketentuan. Dalam sesaat macam-macam yang di duga bolih terjadi. Itulah yang sedang aku alami. (adakah anda juga begitu!) Perasaan ini mula di rasakan semenjak aku meninggalkan zaman "bersendiri". Setiap kali apabila keadaan mulai tenang, tiba-tiba saja datang lagi kejutan-kejutan yang tak di undang. Terutama nya di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan ******** Tapi... bagaimana kalau orang TERDEKAT susah atau sengaja tak mahu dibawa berunding?? Apakah dunia ini dah terbalik!! atau... apakah sudah menjadi tuntutan alam bahawa di akhir-akhir zaman, wanita harus melakukan lebih dari seorang isteri dan ibu?? Sedangkan Islam mewajibkan si isteri dan si ibu itulah yang patut di berikan perlindungan dan bimbingan?

Tapi... bukan salahnya Ibu yang mengandung. Bukan pula satu penyesalan. Anggap saja itu satu dugaan, cabaran dan pengurbanan yang harus kita iringi dengan ketulusan, biar pun tanpa di berikan sekelumit penghargaan.
Aahaaa..... pada zahir nampak begitu mudah yeeeee
Namun, kepada semua kaum ibu di sana tu, khusus nya adik-adik ku, janganlah ada rasa penyesalan. Kerana apa pon yang berlaku pasti ada hikmah nya. Selagi ada keizinan nya,, kita pasti bolih lakukan. Kuatkan semangat agar bila jatuh kita akan cepat bangun semula, bila menagis, kita akan cepat tersenyum semula. Tak mengapa kalau kita tak dapat menikmati apa yang sepatut nya kita nikmati. Tak mengapa kalau tak ada telinga yang bolih kita bisikan keluhan dan rintihan. Kita jadikan itu JIHAT di dalam menempuh segala liku-liku hidup yang berhias ranjau dan duri. JIHAT di dalam membesar, mendidik dan memberi segala keperluan hidup untuk anak-anak. Demi mereka-mereka yang kita kasihi, tak mengapa kalau keperluan diri terpaksa kita lupakan. Dan tak mengapa kalau INSAN itu tidak perihatin. Biar saja mereka berpaling dari apa yang diwajibkan keatas nya. Kerana.... kita masih punya tempat yang abadi untuk kita kecapi keindahan. Kita masih ada DIA yang senantiasa melihat dan mendengar segala keluhan dan rintihan. Sehingga apabila tanggung jawab sudah berjaya kita laksanakan, kita jumpa nanti di pesta kemenangan. INSYAALLAH.

Bersama ketulusan, kita doakan agar insan-insan itu di beri kesedaran dan petunjuk kejalan yang benar. Kepada mu Tuhan, berikan kami segala K E K U A T A N. Aminnnnnnnnnnnnn


masak pulut kuah serawa
untuk di buat santapan sang ratu
kemana hati akan ku bawa
seribu batu gelora tetap disitu


kalau ada yang ingin menjawab... ya.. silakan

Di sini hamba mengundurkan diri.... daaaaaaaaaaaaaa


Profile
AMNAH AHMAD

-Mother of 3 with full of sensitivity,
tapi masih cun
-28 August
-Love nature

Tagboard

Links
Asni.

Archives
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
February 2009
September 2009
October 2009
November 2010

Credits
Designer
Inspiration