ANTIQUE ROSES <body>
Friday, April 27, 2007

Semenjak awal tahun ini, bernacam-macam berita sedih yang aku dengar mengenai teman-teman dan kenalan yang di timpa kesusahan. Ada yang menderita sakit, ada yang kehilangan orang yang tersayang, kematian yang tiba-tiba di usia yang terlalu muda. Itu semua membuat aku terfikir, betapa hidup ini tidak ada yang pasti. Kalau hari ini kita begini, tak mustahil esok kita akan jadi begitu. Olih itu, tak bolih nak "complaint2" lah ehh. Apa pon kita kena terima seada nya. Seperti kata pepatah orang dulu-dulu,kalau pon dah jatuh di timpa tangga, dan kalau dah di timpa tangga tertepam pula tahi ayam, juga terpaksa kita terima dengan senyum. Bersyukur saja lah. (dah bagus tu tahi ayam, kalau tahi orang lagi tak balik modal.. ha..ha.. ha..)

Mereka-mereka yang kehilangan orang yang di sayang, memanglah tak bolih di bayangkan kesedihan nya. Sememangnya perpisahan itu amat menyakitkan. Dan, lazim nya, setelah terjadi kehilangnan, barulah datang sesalan. haiiiiiiiiiiiii

Olih kerana itulah, semasa hayat kita masih ada, selagi orang-orang yang kita sayangi masih disisi, tak kiralah, ayah, ibu, suami, isteri, abang, kakak, adik,, kekasih atau yang lain-lain, berbaik-baiklah sedapat mungkin. Kalau terjadi kekeruhan, carilah jalan untuk menjernih secepat mungkin, tanpa menyimpan dendam dihati. Budaya memberi kemaafan adalah yang diamalkan olih Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Mustahil yang kusut tak bolih di hurai dan mustahil pula yang putus tak bolih disambung. Yang penting jangan sampai dtg nya peyesalan di sebabkan ikut hati yang angkuh.Samaada kita di pehak yang benar atau salah, tak rugi kalau kita yang memulai, kerana mengalah bukan berarti kalah dan memberi kemaafan itu adalah sikap yang terpuji di sisi Allah.

Sama-samalah kita fikirkan ya...

Setakat ini dulu hamba melangkag pergi untuk sementara waktu.
Sampek ketemu lagi..... INSYAALLAH. daaaaaaaaa


Profile
AMNAH AHMAD

-Mother of 3 with full of sensitivity,
tapi masih cun
-28 August
-Love nature

Tagboard

Links
Asni.

Archives
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
February 2009
September 2009
October 2009
November 2010

Credits
Designer
Inspiration