ANTIQUE ROSES <body>
Friday, April 27, 2007

Semenjak awal tahun ini, bernacam-macam berita sedih yang aku dengar mengenai teman-teman dan kenalan yang di timpa kesusahan. Ada yang menderita sakit, ada yang kehilangan orang yang tersayang, kematian yang tiba-tiba di usia yang terlalu muda. Itu semua membuat aku terfikir, betapa hidup ini tidak ada yang pasti. Kalau hari ini kita begini, tak mustahil esok kita akan jadi begitu. Olih itu, tak bolih nak "complaint2" lah ehh. Apa pon kita kena terima seada nya. Seperti kata pepatah orang dulu-dulu,kalau pon dah jatuh di timpa tangga, dan kalau dah di timpa tangga tertepam pula tahi ayam, juga terpaksa kita terima dengan senyum. Bersyukur saja lah. (dah bagus tu tahi ayam, kalau tahi orang lagi tak balik modal.. ha..ha.. ha..)

Mereka-mereka yang kehilangan orang yang di sayang, memanglah tak bolih di bayangkan kesedihan nya. Sememangnya perpisahan itu amat menyakitkan. Dan, lazim nya, setelah terjadi kehilangnan, barulah datang sesalan. haiiiiiiiiiiiii

Olih kerana itulah, semasa hayat kita masih ada, selagi orang-orang yang kita sayangi masih disisi, tak kiralah, ayah, ibu, suami, isteri, abang, kakak, adik,, kekasih atau yang lain-lain, berbaik-baiklah sedapat mungkin. Kalau terjadi kekeruhan, carilah jalan untuk menjernih secepat mungkin, tanpa menyimpan dendam dihati. Budaya memberi kemaafan adalah yang diamalkan olih Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Mustahil yang kusut tak bolih di hurai dan mustahil pula yang putus tak bolih disambung. Yang penting jangan sampai dtg nya peyesalan di sebabkan ikut hati yang angkuh.Samaada kita di pehak yang benar atau salah, tak rugi kalau kita yang memulai, kerana mengalah bukan berarti kalah dan memberi kemaafan itu adalah sikap yang terpuji di sisi Allah.

Sama-samalah kita fikirkan ya...

Setakat ini dulu hamba melangkag pergi untuk sementara waktu.
Sampek ketemu lagi..... INSYAALLAH. daaaaaaaaa


Thursday, April 26, 2007

Tak tahu nak di tafsirkan tentang hati. Kadang waktu di rasakan damai. Kadang waktu pula di rasakan resah. Ada masa-masa nya datang berbagai-bagai perasaan yang tak menentu. Kalau dah dikatakan kehidupan, memang tidak ada ketentuan. Dalam sesaat macam-macam yang di duga bolih terjadi. Itulah yang sedang aku alami. (adakah anda juga begitu!) Perasaan ini mula di rasakan semenjak aku meninggalkan zaman "bersendiri". Setiap kali apabila keadaan mulai tenang, tiba-tiba saja datang lagi kejutan-kejutan yang tak di undang. Terutama nya di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan ******** Tapi... bagaimana kalau orang TERDEKAT susah atau sengaja tak mahu dibawa berunding?? Apakah dunia ini dah terbalik!! atau... apakah sudah menjadi tuntutan alam bahawa di akhir-akhir zaman, wanita harus melakukan lebih dari seorang isteri dan ibu?? Sedangkan Islam mewajibkan si isteri dan si ibu itulah yang patut di berikan perlindungan dan bimbingan?

Tapi... bukan salahnya Ibu yang mengandung. Bukan pula satu penyesalan. Anggap saja itu satu dugaan, cabaran dan pengurbanan yang harus kita iringi dengan ketulusan, biar pun tanpa di berikan sekelumit penghargaan.
Aahaaa..... pada zahir nampak begitu mudah yeeeee
Namun, kepada semua kaum ibu di sana tu, khusus nya adik-adik ku, janganlah ada rasa penyesalan. Kerana apa pon yang berlaku pasti ada hikmah nya. Selagi ada keizinan nya,, kita pasti bolih lakukan. Kuatkan semangat agar bila jatuh kita akan cepat bangun semula, bila menagis, kita akan cepat tersenyum semula. Tak mengapa kalau kita tak dapat menikmati apa yang sepatut nya kita nikmati. Tak mengapa kalau tak ada telinga yang bolih kita bisikan keluhan dan rintihan. Kita jadikan itu JIHAT di dalam menempuh segala liku-liku hidup yang berhias ranjau dan duri. JIHAT di dalam membesar, mendidik dan memberi segala keperluan hidup untuk anak-anak. Demi mereka-mereka yang kita kasihi, tak mengapa kalau keperluan diri terpaksa kita lupakan. Dan tak mengapa kalau INSAN itu tidak perihatin. Biar saja mereka berpaling dari apa yang diwajibkan keatas nya. Kerana.... kita masih punya tempat yang abadi untuk kita kecapi keindahan. Kita masih ada DIA yang senantiasa melihat dan mendengar segala keluhan dan rintihan. Sehingga apabila tanggung jawab sudah berjaya kita laksanakan, kita jumpa nanti di pesta kemenangan. INSYAALLAH.

Bersama ketulusan, kita doakan agar insan-insan itu di beri kesedaran dan petunjuk kejalan yang benar. Kepada mu Tuhan, berikan kami segala K E K U A T A N. Aminnnnnnnnnnnnn


masak pulut kuah serawa
untuk di buat santapan sang ratu
kemana hati akan ku bawa
seribu batu gelora tetap disitu


kalau ada yang ingin menjawab... ya.. silakan

Di sini hamba mengundurkan diri.... daaaaaaaaaaaaaa


Friday, April 20, 2007

Wowww.... hujung minggu lagi. Cepat betul masa berlalu ehh.. nak kasi kita cepat tua ke? Tapi tak apalah. Anak-anak kan cepat membesar. Baik putra putri ku mahupun anak-anak saudara ku, daripada selekeh-selekeh sekarang semua nya dah cantik-cantik dan manis-manis belaka. Terutama yang putri-putri tu, semua nya dah pandai mendandan diri. tentu banyak "admirer" agak nya. Tapi tak apalah. itu kan biasa. Kita-kita pon waktu muda dulu pon cam tu juga. Asal tahu batas-batas agama dan jaga maruah, sudah lah ya..

Tapi kannnn.. kalau kita nak jadi wanita sempurna, walaupun pelajaran tu penting, kerjaya tu penting, urus rumah tangga pun penting juga tauuuuu. Kata orang, lahir melambangkan batin. Apa kata hujung minggu ni tolong mak mak berkemas dan memasak???????????? bolih kannnnnnnn

Alamak dah masa nak bla lah . Lain kali sambong lagi kehh. Maalum, sibuk selalu.
Daaaaaaaaaaaaa


Tuesday, April 17, 2007

okey... okey....
I tahulah banyak yang ternanti-nanti I post kannn.... aaahaaaa

Di sini ku mulai

Tahukah anda semua, di zaman serba moden dan serba canggih, rata-rata kita dengar orang melafazkan perkataan "stress". dalam bahasa Melayu nya "tekanan". Stress ni sebenarnya memang perlu dalam hidup. When there's a stress, there's a challenge. Yesss.. CHABARAN. Without challenge, life is meaningless. That means there's nothing to look forward in life. But........ there's also a good and a bad stress with variety of stages. It's depends on individuals how to tackle or to overcome the situation. Ohh of courselah easy to say than done, isn't it??

Ai sey man.. malalut in english pulak. Tapi ok kan..kan..kan..

Okey lah... Sebenar nya, di sinilah untung nya kita orang Islam. Kerana, sebagai seorang Islam, sedikit-sebanyak kita punya keimanan. Orang yang beriman, tahap kesabaran nya amat tinggi. dari segi apa sekalipon, kita dapat mengawal hati, perasaan, miskipon dalam keadaan yang amat genting. Bukankah Islam mengajar kita supaya bertenang dan mengambil tindakan yang bijak. salah satu cara yang baik adalah meluahkan perasaan yang terpendam dengan membawa berbincang. Jangan hanya di pendam sendiri kerana itu merbahaya. (don't keep to yr self ok!) Berbincang dan meluahkan perasaan dengan orang-orang yang bolih kita percayai dan jujur. Dan selalu nya, orang yang pertama kita tuju adalah teman-teman yang rapat dengan kita. Tapi... perlu di ingat, adakah mereka-mereka itu jujur di dalam memberikan nasihat atau pandangan?

Walau bagaimana pon, kepada semua anak-anak ku yang tersayang dan anak-anak saudara ku yang di kasihi, meluahkan perasaan dengan meminta pandangan dengan teman-teman tu tak salah. Tapi satu yang perlu kita ingat bahawa tidak semua nasihat dan pandangan dari mereka itu datang dari kejujuran. Dari itu, jangan setakat mendampingi teman-teman sahaja, tapi..berkongsilah dengan adik-beradik, saudara sepupu atau ibu-ibu saudara. Kita tak perlu malu atau takut kerana semua diantara kita juga punya masaalah yang tersendiri. Pokoknya, kami disini senantiasa bersedia mendengar dan berkongsi segala suka dan duka. Bila-bila masa saja ok!! malam, siang, pagi, petang, terang, gelap, pendek kata dari Zohor sampai ke Subuh. Senang cakap, dua puluh empat jam lah kannnnn...

Kita ni semua yang ada pertalian darah ni lah yang lebih perihatin (concern) dan lebih jujur (sincere). Remember that ok!!
Yang original beb.... bukan citak rompak...

Sampai disini dulu ya.. .. sampek jumpa lagiiiiiiiiiiii daaaaaaaaaa...

LOVE U ALL ALWAYS


Tuesday, April 10, 2007

IMPIAN DAN CITA-CITA


Manusia yang ingin berjaya dalam hidup mestilah mempunyai cita-cita dan cita-cita itu adalah impian masa depan yang berbagai-bagai. Salah satu nya memiliki kerjaya yang cemerlang yang menjanjikan kehidupan mewah dan mantap. Namun, ia nya mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Di dalam mengejar cita-cita, terdapat berbagai-bagai cabaran yang harus kita tempuh, dan kita mestilah menyahut cabaran tersebut dengan azam yang kuat tanpa mengenal penat atau jemu walaupon terpaksa melalui berbagai-bagai kepahitan dan dugaan. Di situlah nanti akan kita temui kejayaan. Bak kata pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".

For you Darling, I do notice that u have been studying very hard lately. With so much of efford u put, I don't see any reason why u're not able to go to a career of yr choice. Well...I'm very proud of yr ambitions. I'm happy that now u realised and surely not easily go into bad influence anymore.. right...
So... don't crack yr pretty little head so much ok. No matter what, the choice is still yours. I'll definitly accept whatever result u'll get and respect whatever decision u'll make cos I trust that only u know what u wanted and I don't aspect anything beyond yr capability for sure. But still... I believe u're ready to take the CHALLENGE. My DOA is always for u.


Monday, April 2, 2007

KEHIDUPAN

Kehidupan memang berbagai-bagai. Tak ada yang hidup ini tanpa masaalah. Masaalah itulah cabaran hidup. Kalau tak ada masaalah bukan kahidupan nama nya. Suka atau tidak, kita terpaksa menyahut cabaran itu dengan menangani nya sebaik mungkin. Walau pon begitu, tak lah semudah yang di ucapkan.Ia nya memerlukan kekuatan zahir dan batin. Kalau kita katakan kita lah yang paling bermasaalah, menolehlah di sekeliling. Betapa ramai lagi insan-insan yang di bendung seribu azab dan sengsara.Malah lebih dahsyat dari apa yang kita alami. Contoh nya seperti mereka-mereka yang di timpa kemalangan, bencana alam yang menyebabkan kehilangan harta benda dan orang-orang yang dikasihi, mereka-mereka yang menderita mengidap penyakit yang tidak ada harapan untuk sembuh. Seperti seorang teman ku yang hanya menanti untuk meneruskan hidup nya di kerusi roda. Apakah kita yang masih mampu bergerak mencari rezeki ini di katakan tidak bernasib baik?? Kalau pon ada insan-insan yang simpati apalah cara untuk menolong?

Olih itu, bersyukurlah dengan kenikmatan yang ada. Jangan pandang pada mereka yang diselimuti dengan kemewahan tapi pandanglah pada mereka-mereka yang menderita. Disitu baru kita tahu bahawa kitalah insan yang paling bernasib baik.

Wallahualam.


Profile
AMNAH AHMAD

-Mother of 3 with full of sensitivity,
tapi masih cun
-28 August
-Love nature

Tagboard

Links
Asni.

Archives
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
February 2009
September 2009
October 2009
November 2010

Credits
Designer
Inspiration