Renungkanlah...............
Memang sudah tersurat bahawa seawal ini mereka sudah pergi. Pergi meninggalkan anak-anak dan cucu-cucu yang masih memerlukan kasih sayang, teguran dan bimbingan. Namun.. kehendak Allah siapa yang bolih menahan, melainkan kita redha.
Tapi.. apakah peranan kita sebagai anak seterusnya? Adakah terus melupakan atau setakat duduk mengenang saja? Rujuklah ke jalan ISLAM. Kajilah AL QUR'AN. Yang pasti, tanggung jawab di dalam membalas jasa kedua ibu bapa tidak hanya semasa mereka masih bernafas sahaja. Terlebih dahulu, siraturrahim diantara kita adik beradik mestilah erat. Saling mengasihani dan membantu, kerana... kerukunan, keaharmonian hidup serta ikatan kasih yang kukuh diantara kita dan amal soleh akan membuat roh mereka lebih aman dan terlepas dari segala seksaan. Jadilah kita seperti 'aur dengan tebing' saling sandar menyandar, saling memerlukan diantara satu dengan yang lain.
Budaya inilah yang akan menjadi contoh kepada anak-anak dan generasi seterusnya. Tapi sayang......... mengapa masih ada yang menjauh. Hanya kerana secalit kesilapan didalam menghulurkan dayung demi menyelamatkan sebuah bahtera dari terus hanyut. Kalau ada pon yang dianggap keterlaluan, mengapa tidak ada kemaafan?? Mengapa seketul daging dan segumpal darah suci di buang. Bukankah disitu kita semua bermula dan dilahirkan kedunia melalui "rahim" dari seorang Ibu yang sama. Dan kita tahu Islam dan Al Qur'an mengkhabarkan bahawa talian darah ini berkekalan sehingga ke AKHIRAT.
Perihal anak-anak pula, bukanlah mereka tidak pernah bertanya, Malah ingin untuk bersama. Tapi..... seusia mereka masih terlalu mentah untuk meluahkan yang tersirat. Siapakah yang patut mencari dan memulai ?????????? Sehingga hari ini pon mereka masih di bendung seribu pertanyaan dan persoalan yang entah bila akan terjawab.
Walau apa pon, jauh di lubuk hati.. kami amat merindukan untuk bersama, bercerita, tertawa bergurau senda dan berkongsi suka duka. Didalam doa, semua tidak pernah terkecuali agar mendapat petunjuk ke jalan yang di redhai dan di berkati. Demi mereka-mereka yang kita kasihi, dan yang telah lama pergi, buktilah kasih sayang dan balas lah jasa-jasa mereka dengan mendekati ALLAH dan berdoa setiap waktu walau didalam keadaan apa sekali pon.
Mengapa pergi meredah hutan
kalau sudah ada taman syurgawi
megapa pergi mencari beban
yang hanya memperalat diri sendiri
Kasih kami kasih sejati
dari hidup sampai ke mati
kalau kami masih di hati
kembali lah.. kami tetap menanti