ANTIQUE ROSES <body>
Tuesday, March 27, 2007

Helloooooo........... jumpa lagi

semalam ke SGH teman kan si boncit ke 'labour ward' setelah sekian lama tak kesana semenjak melahirkan anak yang ketiga 13 tahun yang lalu. Tak banyak yang berubah kecuali hiasan sekeliling yang bercorak warna warni bersama infomasi mengenai kejayaan yang dicapai olih pekerja-pekerjanya, diantaranya mereka yang mendapat pingat pekerja cemerlag, pingat setia bakti (long service award) dan lain-lain lagi lah kan... Selain itu, there's also a little changes in administration in order to upgrade the system. Situation as busy as normal. We cld see the sad and happy expression from the face. Sad for those with the health problem and happy for those with a new born baby to brighthen their life. Dalam duduk menanti, terpandang sepasang suami isteri yang masih terlalu muda tapi sudah mengendong seorang bayi. Sayang sungguh, masih punya banyak waktu untuk menimba ilmu tapi memilih untuk memikul tanggung jawab yang mungkin diri sendiri pon masih mentah untuk di urusi. Ini lah penyakit yang amat di takuti. Na'uzubillah.

Sempat juga menziarah teman si Leha yang sakit di wad 42. Konon nya dia tiba-tiba di serang sejenis penyakit yang bersangkutan dengan buah pinggang dan masih didalam penyiasatan doktor selanjutnya. Kalau di hospital tu, memanglah macam-macam pesakit yang kita dapat lihat. Amat mengerunkan.

Lepas tu lepas kan ngantuk pergilah kita ke "giant" Tampines . Amboi.. ramai betul manusia-manusia yang datang berbelanja. kalau ada berjuta-juta memang enjoy. Yang takada juta-juta pon, jadi lah setakat belanja yang perlu saja yekkkkkkk!!!! Bila dah penat......... apa lagi , balik lah......... Bila dah di rumah barulah terasa penat. Apa lagi.......... seawal jam 10 mlm terus bammmm. Sampai disin duluu. daaaaaaaaa.......


Thursday, March 22, 2007

Renungkanlah...............
Memang sudah tersurat bahawa seawal ini mereka sudah pergi. Pergi meninggalkan anak-anak dan cucu-cucu yang masih memerlukan kasih sayang, teguran dan bimbingan. Namun.. kehendak Allah siapa yang bolih menahan, melainkan kita redha.
Tapi.. apakah peranan kita sebagai anak seterusnya? Adakah terus melupakan atau setakat duduk mengenang saja? Rujuklah ke jalan ISLAM. Kajilah AL QUR'AN. Yang pasti, tanggung jawab di dalam membalas jasa kedua ibu bapa tidak hanya semasa mereka masih bernafas sahaja. Terlebih dahulu, siraturrahim diantara kita adik beradik mestilah erat. Saling mengasihani dan membantu, kerana... kerukunan, keaharmonian hidup serta ikatan kasih yang kukuh diantara kita dan amal soleh akan membuat roh mereka lebih aman dan terlepas dari segala seksaan. Jadilah kita seperti 'aur dengan tebing' saling sandar menyandar, saling memerlukan diantara satu dengan yang lain.
Budaya inilah yang akan menjadi contoh kepada anak-anak dan generasi seterusnya. Tapi sayang......... mengapa masih ada yang menjauh. Hanya kerana secalit kesilapan didalam menghulurkan dayung demi menyelamatkan sebuah bahtera dari terus hanyut. Kalau ada pon yang dianggap keterlaluan, mengapa tidak ada kemaafan?? Mengapa seketul daging dan segumpal darah suci di buang. Bukankah disitu kita semua bermula dan dilahirkan kedunia melalui "rahim" dari seorang Ibu yang sama. Dan kita tahu Islam dan Al Qur'an mengkhabarkan bahawa talian darah ini berkekalan sehingga ke AKHIRAT.
Perihal anak-anak pula, bukanlah mereka tidak pernah bertanya, Malah ingin untuk bersama. Tapi..... seusia mereka masih terlalu mentah untuk meluahkan yang tersirat. Siapakah yang patut mencari dan memulai ?????????? Sehingga hari ini pon mereka masih di bendung seribu pertanyaan dan persoalan yang entah bila akan terjawab.
Walau apa pon, jauh di lubuk hati.. kami amat merindukan untuk bersama, bercerita, tertawa bergurau senda dan berkongsi suka duka. Didalam doa, semua tidak pernah terkecuali agar mendapat petunjuk ke jalan yang di redhai dan di berkati. Demi mereka-mereka yang kita kasihi, dan yang telah lama pergi, buktilah kasih sayang dan balas lah jasa-jasa mereka dengan mendekati ALLAH dan berdoa setiap waktu walau didalam keadaan apa sekali pon.
Mengapa pergi meredah hutan
kalau sudah ada taman syurgawi
megapa pergi mencari beban
yang hanya memperalat diri sendiri
Kasih kami kasih sejati
dari hidup sampai ke mati
kalau kami masih di hati
kembali lah.. kami tetap menanti


Monday, March 19, 2007

Hai manusia-manusia di sana tu...............
Lama betul menanti saya post nampak nya. Beberapa hari kabelakangan ni terlalu sibuk lah. Kalau di rumah tu jangan cakaplah, di tempat kerja pulak .. alahaiiiiiiiiiii bermacam2 cubaan sekarang ni. Betul punya frust. Tak bolih nak cakap, Cobaannnnnnnnnnnnnnn apa nak buat. Semakin senior semakin banyak cobaan.

Semalam tu.. oklah. Bawa anak-anak menonton cerita joget2, STORM & YARD. Kita pon macam nakjoget juga lepas keluar panggung. Tapi tak apa lah Ateng kata dia nak tubuhkan kumpulan SENIOR Vs JUNIOR. Yang satu tu pulak selalu semput2. Macam mana nak buat ehhhh. Suruh dia makan banyak-banyak LIVEXTRA lah.....

Ni pon kerja sedang menanti... tak bolih tenguk orang senang sikit Ada saja yang menyebuk. Nak itulah.. nak inilah........ Sendi-sendi pon dah sakit-sakit. Macam nak ambik cuti, relax kat hospital. Kepala otak ni senantiasa berpusing siang dan malam. Terlalu ligat macam gasing. Tapi gasing pon ada berhenti juga.

Apa yang di fikirkan tu.............. Ahhhh macam2. Salah satu nye macam mana nak jadi kaya. Tapi. sampai sekarang pon tak kaya2. Tak kayap dah bagus...
Walau macam mana pon, alhamdullih. shukur aje dengan apa yang ada. makan, pakai, kesihatan, kewarasan fikiran, rezeki yang di beri Tuhan dan segala2 nya dari Tuhan. Cuma satu yang menjadi sesalan, sehingga hari ini masih juga tidak taat dengan perintahnya. Amalan pon masih tidak sempurna, senantiasa mengejar masa melaksanakan tugas2 harian yang tak pernah selesai.

Semoga Tuhan berikan petunjuk kejalan yang diredhai.

Olih kerana kerja dah menanti. Kita jumpa lagiiiiiiiiiii. Daaaaaaaaaaaaaa Byeeeeeeeeee


Profile
AMNAH AHMAD

-Mother of 3 with full of sensitivity,
tapi masih cun
-28 August
-Love nature

Tagboard

Links
Asni.

Archives
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
February 2009
September 2009
October 2009
November 2010

Credits
Designer
Inspiration