ANTIQUE ROSES <body>
Monday, February 12, 2007

Sesuatu Yang Amat Menyedihkan. Tak guna kita menyatakan dan meluahkan sesuatu yang mereka tak faham. Dan mereka tak akan faham pada ketika yang belum sampai waktu mereka akan faham. Jadi.... tak perlu buang masa. Yang pasti, suatu ketika nanti mereka akan sedar juga bahawa apa yang mereka lakukan dahulunya adalah salah dan merugikan, Malah sesuatu yang membuat orang lain terus mentertawakan. Waktu itu nanti, penyesalan dah takberguna, kerana semalam mustahil akan datang lagi pada hari esok.

Manusia yang bergelar IBU juga yang bergelar AYAH, walau sejahat manapon, mereka tetap mahukan yang TERBAIK untuk zuriatnya. Jika apa yang dilakukan untuk menjadikan mereka yang terbaik itu dikatakan satu kazaliman! biarkan saja buat sementara waktu. Kerana, waktu ini mereka tak akan mengerti apa yang sebenarnya pengorbanan. Sebabnya? pengaruh luar yang bebas, buas, aib, memalukan dll telah banyak mempengaruhi pemikiran mereka yang masih terlalu mentah. Biarlah mereka lalui dahulu liku-liku jalan itu, biar mereka mengutuk dan menyesali perbuatan kita yang dikatakan tak adil, zalim, pilih kasih dll. Mesti ada keyakinan, bahawa suatu ketika nanti mereka akan sampai juga disuatu simpang jalan mati dan terpaksa berpatah balik kejalan yang dulu nya mereka benci.

Sebagai pemegang amanah Allah, kita teruskan sajalah perjalanan kita, biar dalam senyuman atau tangisan sehinggalah kepenghujungnya. Semoga dengan doa, kita temui yang terbaik buat mereka walau pon kesedaran itu nanti mereka temui setelah kita sudah tiada di dunia ini. AMINNNNNNNNNNNNNNNNNN


Profile
AMNAH AHMAD

-Mother of 3 with full of sensitivity,
tapi masih cun
-28 August
-Love nature

Tagboard

Links
Asni.

Archives
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
February 2009
September 2009
October 2009
November 2010

Credits
Designer
Inspiration