ANTIQUE ROSES <body>
Bertafakur sejenak
Wednesday, February 28, 2007

Mengimbas kembali masa-masa silam, sewaktu kita menjalani proses keremajaan, kita juga mempunyai ramai teman-teman, kenalan, peminat dan sahabat handai, lelaki mahu pun perempuan. Dari di bangku sekolah sehinggalah kita bekerja. Waktu itu juga kita berseronok-seronok, bersantai, berhibur, bercinta dan kemudian berumahtangga. Pendek kata semua tujuan hidup itu sama belaka. Hanya, coraknya yang berbeza.

Dalam KEHIDUPAN ini sebenarnya terdapat berbagai-bagai pilihan (there is always an option in life). Bergatung pada diri sendiri, corak yang bagaimana yang hendak dipilih. Dari zaman nenek moyang kita dulu pon sudah ada penyangak, perompak, penyamun, perogol, penipu dll. Olih itu, didalam proses 'pemilihan' itulah kita sepatutnya membuat kajian yang mendalam dan terperinci agar kehidupan lebih berarti sehingga kepenghujungnya. (contohnya: dari segi memilih teman, cita-cita, kerjaya, teman hidup dan sebagainya)
Untuk melakukan yang sedemikian itulah, malah, banyak yang GAGAL!

Setelah melangkah ke alam rumah tangga, kita nantikan pula saat datangnya penyambung kasih kurniaan Ilahi bergelar 'cahaya mata'. Kehadirannya membawa sinar kebahagian buat sepasang suami isteri dan ia nya disambut dengan penuh kasih sayang.Si comel kita belai, kita dakap, kita cium dan kita dodoi tanpa jemu. Bahagia melihat mereka terus membesar dan bersamanya kita titipkan seribu doa dan segunung harapan.

Proses membesar dan mendidik itulah sebenarnya amanah Tuhan yang paling mencabar. Ianya memerlukan ketabahan yang utuh dan padu. walaubagaimana pun, pengalaman pahit manis telah banyak mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa, sehingga kita bisa menjadi kuat dan yakin untuk terus mengharungi lautan yang semakin lama semakin mengganas. Namun, kekuatan yang ada, apakah akan terus bertahan lama???? Mentelah lagi apabila hati seringkali kecewa dan terluka!!

Jadi, kesimpulan nya adalah, apa jua yang berlaku hari ini, sememangnya tidak pernah kita duga sama sekali. Itulah dia yang dinamakan KADAQ DAN KADAR.

Wassalam.


Thursday, February 15, 2007

Hari Ini...... Esok......... Dan Semalam
Hari ini masi lagi di persimpangan
di antara dua jalan
yang.... kedua-dua nya berliku
walau dalam terang atau gelap
ia tetap di namakan perjalanan
untuk sampai....
ke satu destinasi
Sehinggalah..... muncul hari esok yang belum pasti
samaada ia nya mampu diteruskan
atau....
terhenti setakat di persimpangan
itu...........
bukan si insan kudus sepeti aku yang ada jawapan nya
Namun.......
semalam yang telah berlalu
mustahil berkunjung lagi di esok hari nya
malah.. terpaksa di tinggalkan jauh
jauh... nun... di belakang
dan.. semakin hari...
semakin hilang di telan waktu
Demi insan-insan yang di kasihi
demi hari-hari esok dan seterus nya
akan ku zahirkan senyuman semampunya
akan ku gagahkan jasad
untuk kau buatkan sandaran
walau ribut, walau taufan
bersama segunung harapan
yang belum pasti digapai
Hari ini....
telah ku pahat di sanubari
bahawa semalam tak akan ku intip lagi
agar hari esok terus ku nanti pasti
yakinlah... aku...... tetap disini
seiring kamu, sampai keakhir hayat nanti
semoga di berkati ILAHI
khas buat yang tersayang


Wednesday, February 14, 2007

Sad Story about the article from "the new paper" on tuesday, 13 Feb 2007, pg 4

The death of a DEDICATED TEACHER who realy left unforgetable memory to the students from Bedok View Sec Schl. Ms Peh her name,was strugle very hard for her students while suffering from "cancer" n prepairing their O's but unfortunately not able to see & enjoy the happiness of good result of her beloved student.

Being a DEDICATED TEACHER is something that can be proud off because even a little efford will last forever. To me teaching is a NOBLE PROFESSION and obviously not everybody could do it, so students out there pls do respect them with deep sincerity in yr heart. Think about your future rather than stupidity.

(NB: that was my dream frofession which never come true. The reason was ?????????????? )

Apa bolih buat dah nasib... tak jadi Cikgu, jadilah loyer. Bukan lawyer ehhh





Monday, February 12, 2007

Sesuatu Yang Amat Menyedihkan. Tak guna kita menyatakan dan meluahkan sesuatu yang mereka tak faham. Dan mereka tak akan faham pada ketika yang belum sampai waktu mereka akan faham. Jadi.... tak perlu buang masa. Yang pasti, suatu ketika nanti mereka akan sedar juga bahawa apa yang mereka lakukan dahulunya adalah salah dan merugikan, Malah sesuatu yang membuat orang lain terus mentertawakan. Waktu itu nanti, penyesalan dah takberguna, kerana semalam mustahil akan datang lagi pada hari esok.

Manusia yang bergelar IBU juga yang bergelar AYAH, walau sejahat manapon, mereka tetap mahukan yang TERBAIK untuk zuriatnya. Jika apa yang dilakukan untuk menjadikan mereka yang terbaik itu dikatakan satu kazaliman! biarkan saja buat sementara waktu. Kerana, waktu ini mereka tak akan mengerti apa yang sebenarnya pengorbanan. Sebabnya? pengaruh luar yang bebas, buas, aib, memalukan dll telah banyak mempengaruhi pemikiran mereka yang masih terlalu mentah. Biarlah mereka lalui dahulu liku-liku jalan itu, biar mereka mengutuk dan menyesali perbuatan kita yang dikatakan tak adil, zalim, pilih kasih dll. Mesti ada keyakinan, bahawa suatu ketika nanti mereka akan sampai juga disuatu simpang jalan mati dan terpaksa berpatah balik kejalan yang dulu nya mereka benci.

Sebagai pemegang amanah Allah, kita teruskan sajalah perjalanan kita, biar dalam senyuman atau tangisan sehinggalah kepenghujungnya. Semoga dengan doa, kita temui yang terbaik buat mereka walau pon kesedaran itu nanti mereka temui setelah kita sudah tiada di dunia ini. AMINNNNNNNNNNNNNNNNNN


Friday, February 9, 2007

nampaknye ada yang ternan-nanti kan kata-kata dari hamba ye! ya.. biarlah ku mulai

Hari ni... tak ada apalah yang menarik untuk aku bercerita melainkan merasa lega kerana hari "jumaat". Biasalah kan , besok dan lusa tak kerja. tapi... kalau difikir-fikir, malah lebih banyak kerja. Dah banyak kerja, banyak pulak belanja. Fikiran melayang-melayang. jadilah mabok kepayang. Kalau dah lama sangat, makanlah obat hbp (tahulah apa tu kan!!)

Namun begitukan... terkenang juga masa-masa silam yang berlalu. Rasanya nak berpatah balik lah kealam remaja dulu ya.. balik rumah bolih terus relax dan duduk berangan-angan. Kenang punya kenang, semua nye lain yang jadi. Apa nak buat... dah nasib badannnn

Ok lah... hamba berundur dulu. Sehingga di lain kesempatan.... Bye Byeeeee


Tuesday, February 6, 2007

hello


Profile
AMNAH AHMAD

-Mother of 3 with full of sensitivity,
tapi masih cun
-28 August
-Love nature

Tagboard

Links
Asni.

Archives
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
February 2009
September 2009
October 2009
November 2010

Credits
Designer
Inspiration